awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapuk atau tanda kasta, ada apa dengan gaya baju Kim Jong Un?

Agensi
Agensi
12/06/2018
07:24 MYT
Lapuk atau tanda kasta, ada apa dengan gaya baju Kim Jong Un?
Penghasilan Mou Suit menentukan tingkat kasta seseorang kerana apabila seseorang itu lebih berkuasa maka bahan pembuatan pakaiannya akan lebih bagus. -Foto AP Photo/Evan Vucci
SOSOK pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang dilihat berpenampilan rambut tegak, berwajah datar dan berkaca mata menjadi tumpuan sebaik sahaja bersemuka buat kali pertama dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Singapura hari ini.
Semasa pertemuan itu Jong Un mengenakan busana yang tidak asing baginya iaitu jaket labuh bewarna hitam dengan garisan kelabu. Ia dicirikan lagi dengan poket di bahagian hadapan baju dan seluar yang berwarna serupa.
Tidak ada yang luar biasa pada pakaian pemimpin yang digelar Mao Suit itu, malah ada yang berpendapat pakaian Jong Un itu dilihat lapuk dan ketinggalan zaman.
BACA: Kerabu mangga antara menu tengah hari Trump dan Jong-un di Singapura
Namun, ada yang menarik mengenai busana Jong Un dan berikut adalah antara empat perkara yang anda perlu tahu mengenai baju Mao Suit ini seperti yang ditulis oleh BBC Indonesia.
ada yang menarik mengenai busana Jong Un dan berikut adalah antara empat perkara yang anda perlu tahu mengenai baju Mou Suit ini
ada yang menarik mengenai busana Jong Un dan berikut adalah antara empat perkara yang anda perlu tahu mengenai baju Mou Suit ini
1) Baju tersebut ialah pakaian tradisional yang direka oleh Sun Yat Sen pada tahun 1900-an. Ia menjadi pilihan Mao Zedong semasa beliau pertama kali menaiki tampuk kekuasaan komunisme di China sekali gus menjadikan pakaian itu begitu dekat dengan komunisme.
2) Penghasilan Mou Suit juga menentukan tingkat kasta seseorang. Apabila seseorang itu lebih berkuasa maka bahan pembuatan pakaiannya akan lebih bagus. Begitu juga warna yang dilipilih oleh si pemakai. Warta yang dekat dengan tentera menggambarkan kekuasaan dan kekuatan sang pemimpin.
3) Jong Un bukan satu-satunya pemimpin yang memakai busana Mou Suit ini, ia juga pernah dipakai oleh Presiden China Xi Jinping dan pemimpin komunis seperti Josef Stalin.
4) Kini, Mou Suit menjadi identiti khas Jong Un dan sebuah gaya yang tak boleh dipisahkan lagi. Secara tidak langsung Kim telah menetapkan sebuah identiti masyarakat Korea kepada dunia. Ia juga sebagai petanda bahawa Kim sebagai seorang yang berpendirian dan dilihat tidak terpengaruh dengan busana barat seperti memakai kot dan tali leher.
Jong Un berada di negara 'kota singa' itu bagi menghadiri pertemuan dengan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sempena Sidang Kemuncak kedua-dua negara itu, yang akan diadakan di Hotel Capella, Pulau Sentosa hari ini.
Topic Berkaitan
#baju
#China
#Kim Jong Un
#komunis
#Korea Utara
#Mou Suit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan