NAMPAKNYA, bebola daging IKEA kini boleh dimasukkan dalam senarai makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Hal ini terbukti apabila lebih 32,000 biji bebola daging itu berjaya dijual pada hari pembukaan cawangan terbaharu IKEA di Batu Kawan, pada 14 Mac lalu.

Turut mendapat sambutan ialah karipap yang berjaya dijual melebihi 23,000 biji, lapor portal Edge Prop.

Hari operasi pertama cawangan keempat IKEA di Malaysia itu diserbu bukan sahaja pelanggan dari Pulau Pinang tetapi dari pelbagai negeri, khususnya penduduk utara.

"Kami sangat teruja untuk menerima kehadiran pelanggan. Kami sudah bersiap sedia untuk saat ini dan sambutan seperti ini sangat hebat," Kata pengurus cawangan, Pathmalingam Arumugam.

IKEA Batu Kawan yang berkeluasan 470,146 kaki persegi itu menawarkan lebih daripada 8,000 pilihan kelengkapan rumah.