LELAKI yang berejakulasi sekurang-kurangnya 21 kali sebulan mempunyai risiko kanser prostat 20 peratus lebih rendah berbanding mereka yang melakukannya tujuh kali sebulan.

Kajian Fakulti Perubatan Harvard yang membabitkan sejumlah 32,000 responden sepanjang tempoh 18 tahun itu bagaimanapun tidak memberi penjelasan khusus mengenai hubung kait ejakulasi dan risiko kanser tersebut.

Namun begitu kajian terdahulu memberi gambaran bahawa proses ejakulasi boleh mengeluarkan bahan kimia yang terkumpul di bahagian prostat lelaki.

Sementara itu, portal Daily Mail melaporkan wujud teori yang menyatakan bahawa air mani yang keluar membantu pertumbuhan sel baharu yang dapat mengurangkan risiko menghidap kanser prostat.

Prostat merupakan bahagian kelenjar yang terletak di antara zakar dan pundi kencing.