LELAKI yang sebenar sepatutnya tidak mudah tergoda dengan pelbagai jenis godaan yang datang kepada diri mereka. Lelaki yang sebenar sepatutnya dapat menahan diri mereka daripada pelbagai jenis godaan yang datang kepada diri mereka serta mempertahankan diri mereka sendiri daripada menjadi mangsa godaan terbabit. Ini sesuai dengan fitrah ciptaan kaum lelaki itu sendiri yang telah diciptakan oleh Tuhan sebagai kaum yang kuat dari segi mental, emosi dan fizikal.
Alasan mudah tergoda dengan kaum wanita tidak sepatutnya berlaku sekiranya lelaki berkenaan memiliki tahap keimanan serta kewarasan yang tinggi. Setiap manusia termasuk kaum lelaki telah dikurniakan akal fikiran untuk membezakan antara baik dan buruk. Adalah penting untuk lelaki mengunakan akal fikiran yang telah dikurniakan untuk membantu golongan yang lemah dan bukannya melakukan sebarang jenis keganasan dan jenayah kepada orang lain khususnya kepada kaum wanita. Sebagai kaum yang telah diciptakan oleh Tuhan dengan memilki kelebihan serta kekuatan dari pelbagai aspek, kaum lelaki wajar memainkan peranan mereka untuk melindungi bukan sahaja
kaum wanita malah perlu memainkan peranan mereka untuk melindungi golongan kanak-kanak, orang-orang tua serta lain-lain golongan yang memerlukan daripada sebarang bentuk keganasan dan jenayah.
Kaum lelaki perlu menjadi seorang lelaki yang sejati dengan menjadi seorang ketua dan pembimbing. Orang lelaki tidak boleh asyik mengunakan pelbagai jenis alasan untuk tidak memainkan peranan mereka sebagai seorang lelaki, ketua serta pebimbing kepada keluarga mereka sendiri. Kaum lelaki tidak sepatutnya mengambil kesempatan diatas kelemahan kaum wanita serta golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Kaum lelaki wajar menghulurkan sebarang jenis bantuan kepada golongan yang memerlukan. Perkara ini selaras dengan ajaran agama Islam itu sendiri. Firman Allah SWT di dalam Al-Qur’an yang membawa maksud: “Lelaki adalah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka” (Surah An-Nisa: Ayat 34).
Ajaran agama Islam itu sendiri telah mensyariatkan supaya kaum lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap kaum wanita serta pihak-pihak yang memerlukan bantuan. Sebagai pemimpin di dalam sesebuah keluarga juga, kaum lelaki atau golongan suami dipertanggungjawabkan untuk sentiasa menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri serta anak-anak mereka. Amat malang jika kaum lelaki yang diharapkan menjadi seorang pelindung dan menjamin keselamatan kaum wanita bertindak sebaliknya sehingga terjadinya pelbagai jenis kejadian jenayah seperti rogol, sumbang mahram, gangguan seksual, kes keganasan rumah tangga dan lain-lain lagi. Agama Islam melarang keras sama sekali untuk mana-mana pihak untuk melakukan sebarang jenis keganasan dan jenayah terhadap pihak yang lain.
Agama Islam yang dilihat melebihkan kaum lelaki pada kedudukan bukan bermakna kaum lelaki berkuasa melakukan apa saja mengikut sesuka hatinya. Kuasa dan kekuatan yang telah dikurniakan dan dimiliki oleh kaum lelaki perlu digunakan dan dimanfaatkan untuk melakukan amal kebaikan dan bukannya melakukan perkara buruk atau kejahatan terhadap kaum wanita serta golongan yang memerlukan. Kaum lelaki mesti menunjukkan perasaan kasih sayang dan menyuburkan perasaan ceria kepada kaum wanita serta kepada golongan yang memerlukan sejajar dengan fitrah kekuatan dan kelebihan yang telah dikurniakan oleh Tuhan kepada kaum lelaki itu sendiri. Amalan itu juga akhirnya akan mewujudkan perasaan hormat dan sayang daripada kaum wanita serta golongan yang memerlukan terhadap kaum lelaki itu sendiri.
Kaum lelaki perlu memastikan kaum wanita serta mana-mana pihak yang lemah tidak menjadi mangsa keganasan serta jenayah. Kaum lelaki juga perlu sentiasa bersama-sama menegakkan serta memberi keadilan kepada kaum wanita serta mana-mana pihak yang memerlukan bantuan supaya nasib golongan berkenaan terbela.
Muzaffar Syah Mallow
Wed Jul 31 2019
Alasan mudah tergoda dengan kaum wanita tidak sepatutnya berlaku sekiranya lelaki berkenaan memiliki tahap keimanan serta kewarasan yang tinggi. - Gambar hiasan
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
Lelaki sejati adalah lelaki yang mampu menahan diri daripada godaan
Lelaki yang sebenar sepatutnya tidak mudah tergoda dengan pelbagai jenis godaan yang datang kepada diri mereka.