SEORANG lelaki menumbuk juruwang gara-gara tidak dilayan ketika sedang membuat bayaran bil di sebuah premis di pusat beli-belah di Klang pada Ahad lalu.
Kejadian yang berlaku pada hari ketiga perayaan Tahun Baru Cina itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.
Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki berbaju kemeja-T berwarna gelap menumbuk dengan pantas menghala ke arah muka juruwang ketika lelaki itu berada di kaunter bayaran.
Insiden itu bermula apabila lelaki itu memotong barisan di kaunter bayaran kerana ingin bergegas membayar bil, namun dia tidak diendahkan oleh juruwang yang sedang sibuk melayan pelanggan yang sedang beratur.
Disebabkan juruwang tidak diendahkan, lelaki itu bertindak menumbuk muka juruwang itu. Masih tidak berpuas hati, dia berjalan ke belakang kaunter untuk membelasah juruwang tersebut.
Juruwang berkenaan juga mempertahankan diri dengan turut membalas tumbukan lelaki itu.
Insiden pergaduhan itu sempat dihentikan oleh pelanggan dan juga pekerja yang berada di tempat kejadian.
Kejadian tersebut menjadi buah mulut yang hangat diperkatakan dalam Facebook dan ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu.
Agensi
Thu Feb 22 2018
Seorang lelaki yang sempat dirakam dalam kamera litar tertutup ketika ingin menumbuk juruwang. Sumber foto Facebook: Bersih
Stok minyak sawit negara meningkat kali pertama dalam enam bulan
Stok minyak sawit Malaysia meningkat pada akhir april buat pertama kali dalam tempoh enam bulan. Menurut pengawal selia industri, ia berikutan peningkatan pengeluaran walaupun terdapat penurunan dalam eksport.
Pengeluaran industri pada Mac meningkat 2.4 peratus
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 2.4 peratus pada Mac 2024, didorong pengembangan dalam kesemua sektor.
Agrobank terima dana skim kredit mikro daripada Kerajaan Sarawak
Agrobank pada Jumaat menerima Dana Tambahan Skim Kredit Mikro Sarawak berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Jumlah pengangur di Malaysia terus catat penurunan
Jumlah penganggur di Malaysia pada mac 2024 terus catat penurunan. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia menurun kepada 566,600 orang mencatatkan kadar pengangguran 3.3 peratus.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Raya Kuala Kubu Baharu esok, 11 Mei
Ikuti kupasan Penganalisis Politik USM, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok, 11 Mei.
Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM
Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM
KKM jalankan kajian perancangan sumber manusia di fasiliti awam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung perancangan keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan kerajaan.
Pemerasan RM1.25 juta: Tujuh polis dikenakan tindakan bawah SOSMA
Selain ACP, turut disiasat seorang Deputi Superintenden (DSP), tiga Inspektor dan masing-masing seorang Sarjan serta Lans Koperal.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan - Zambry
Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata tugas untuk mentransformasi dunia AI sebagai melengkapkan agenda pembangunan negara perlu dilaksanakan secara bersama dengan kementerian lain.
RM1.06 bilion bangunkan projek infrastruktur di Sabah tahun ini - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.06 bilion bagi membangunkan 224 projek infrastruktur di Sabah pada tahun ini.
Lelaki tumbuk juruwang, tak sabar buat bayaran
Seorang lelaki menumbuk juruwang gara-gara tidak dilayan ketika sedang ingin membuat bayaran bil di BarBQ Plaza, AEON Bukit Tinggi Klang pada Ahad lalu.