Usaha kerajaan menggalakkan industri agropelancongan atau agrotourism ternyata memberi impak besar dalam meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dan peluang pekerjaan bagi masyarakat luar bandar.
Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Uzaidi Udanis berkata sektor itu memberi limpahan manfaat kepada penduduk setempat apabila saban tahun menerima peningkatan pengunjung ke destinasi pelancongan berasaskan pertanian, perikanan dan ternakan di negara ini.
"Maklum balas positif pengusaha inap desa dan peniaga produk hiliran berasaskan sumber tempatan yang mampu menambah pendapatan sehingga dua kali ganda, membuatkan kami yakin sektor ini perlu terus dikembangkan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Uzaidi mengulas mengenai program 'Road to AgroTourism' siri kedua ke Zon Tengah meliputi kawasan Kuala Kangsar, Perak dan Cameron Highlands di Pahang yang diadakan pada 12 hingga 14 Dis disertai 40 peserta daripada agensi dan jabatan kerajaan serta media dan penulis blog.
Program khas anjuran MTC dengan sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu bertujuan mempromosi destinasi agropelancongan domestik menerusi enam siri bermula di Zon Selatan, September lepas.
Uzaidi berkata MTC turut komited untuk lebih agresif dalam melonjak sektor agropelancongan di negara ini dengan menjadikan tahun 2018 dan 2019 sebagai tahun untuk memberi tumpuan terhadap industri tersebut.
Terbaru, katanya, MTC sedang bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk mengenal pasti serta membangunkan kawasan luar bandar yang berpotensi untuk dijadikan sebagai destinasi agropelancongan.
"Ia bagi memantapkan lagi sektor berkenaan dengan pengisian aktiviti menarik seperti lawatan ke dusun buah-buahan, ladang ternakan, pusat pertanian dan penyelidikan serta inap desa yang mendapat tempat di hati pengunjung dalam dan luar negara," katanya.
Mengikut rekod Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, katanya, industri pelancongan secara keseluruhan menyumbang pendapatan sebanyak RM115 bilion serta menyediakan dua juta peluang pekerjaaan pada 2015.
Katanya, jumlah pelancong ke pusat agropelancongan diunjurkan meningkat daripada 1.5 juta pada 2010 kepada enam juta pelancong pada 2020.
" Ini secara tidak langsung mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan baharu bagi penduduk tempatan," katanya.
Sementara itu, seorang pengusaha produk hiliran berasaskan strawberi, Hamidah Adanan, 44 berkata beliau bermula dengan membuat jem strawberi secara kecil-kecilan di rumahnya di Inap Desa Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands.
"Pada awalnya, saya buat 25 botol jem seminggu dengan harga RM6.50 sebotol (300gm) untuk diedarkan kepada kedia dan restoran tetapi sejak dua tahun lalu, saya hasilkan hampir 100 botol jem seminggu.
" Selain itu, saya telah mula keluarkan produk lain seperti biskut tart, serunding dan aiskrim strawberi, sekali gus meningkatkan pendapatan keluarga berbanding sebelum ini," katanya yang mendapat bekalan strawberi daripada ladang yang diusahakan sendiri bersama suami.
Bagi Azmi Fauzi, 50, beliau mula mengikuti program inap desa di kampung tersebut sejak tiga tahun lepas dengan sebuah rumah yang mampu memuatkan lapan orang pada satu masa.
"Pelancong luar ramai ke sini (Cameron Highlands) dan gemarkan suasana desa. Dari hanya sebuah rumah dengan kadar sewa RM600 satu malam kini saya sudah mempunyai satu blok bangunan yang memuatkan lima buah chalet dengan sewa setiap satu RM300 semalaman, dan setiap kali musim cuti memang sentiasa penuh ditempah.
"Selain inap desa saya juga mengusahakan sebuah cafe ala Inggeris dengan hidangan berasaskan strawberi seperti scones, waffle, pudding, teh berperisa dan sebagainya," katanya yang mengakui industri agropelancongan banyak mengubah hidup penduduk tempatan yang sebelum ini tiada mata pencarian.
Sementara itu, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta Mardi, Azman Mohd Saad berkata selain menjalankan fungsi utama dalam penyelidikan dan pembangunan (R
Katanya, Mardi menyumbang kepada sektor berkenaan menerusi pengoperasian lima buah stesen Taman Agroteknologi Mardi yang terletak di Serdang, Selangor; Kuala Kangsar, Perak; Cameron Highlands dan Cherating di Pahang serta di Langkawi, Kedah.
Menurut Azman, Mardi Kuala Kangsar dijadikan lokasi pusat pelancongan berasaskan durian yang pertama seumpamanya atau 'Duriotourism' dilancarkan bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa berkunjung ke Perak.
"Duriotourism melibatkan ladang seluas 40 hektar, dan 22 hektar daripadanya ditanam dengan pelbagai jenis durian hasil kajian Mardi. Selain itu, terdapat juga muzium durian dibuka untuk orang ramai di samping merasai pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis hibrid dan limau bali.
"Bayaran hanya RM50 seorang, pengunjung boleh menikmati durian D99, MDUR78, MDUR79, MDUR88 selain D24 dan Musang King sepuas-puasnya selain pelbagai aktiviti seperti 'Duriotour' iaitu melawat kawasan sekitar serta mendengar penerangan mengenai penanaman durian," katanya.
Setiap stesen taman agroteknologi itu dibangunkan dengan suasana yang berbeza mengikut ciri tempatan yang tersendiri misalnya di Cameron Highlands, berkonsepkan ala Inggeris, dan di Cherating bercirikan pelancongan ternakan dan perikanan serta di Kuala Kangsar berasaskan buah-buahan dan durian, jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2017
Agropelancongan ternyata memberi impak besar dalam meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dan peluang pekerjaan bagi masyarakat luar bandar. - Gambar fail Bernama
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 18 April 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Cukai & subsidi: Merungkai dasar tidak popular, strategi komunikasi berkesan
Berdasarkan laporan Ipsos, semakin ramai rakyat Malaysia kini percaya bahawa negara tidak mempunyai hala tuju yang betul. Ipsos mendedahkan lebih separuh rakyat Malaysia secara khusus menyatakan kebimbangan utama mereka tentang pembetulan kewangan dan politik. Kupasan lanjut bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff untuk bantu memahami laporan dan kebimbangan ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
UCL: Guardiola tidak kesal Man City tersingkir
Manchester City tewas 3-4 kepada Real Madrid selepas pertemuan suku akhir kedua awal pagi tadi terikat 1-1 dan 4-4 secara agregat.
AWANI Pagi: Sports Dentistry: Bersukan dan berekreasi dengan selamat
Ketahui perihal Sports Dentistry, yang memberi tumpuan kepada pencegahan dan rawatan akibat dari kecederaan atau masalah pergigian dialami individu bersukan. Kupasannya bersama Dr Siti Salwa binti Idris Pakar Pergigian Restoratif, Klinik Pergigian Kuala Lumpur 8.30 pagi nanti.
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Niaga AWANI: Data & Statistik: Cukai salah satu daripada lima kebimbangan utama rakyat Malaysia
Ia meningkat dengan ketara sejak Mac 2023. Penduduk global mempunyai
kebimbangan yang sama, tetapi rakyat Malaysia tidak begitu bimbang tentang jenayah dan kekerasan berbanding purata global.
#NiagaAWANI
kebimbangan yang sama, tetapi rakyat Malaysia tidak begitu bimbang tentang jenayah dan kekerasan berbanding purata global.
#NiagaAWANI
Penanaman anggur jana ekonomi agropelancongan di Marang
Penanaman anggur di Malaysia sememangnya perlu mengambil kira pelbagai faktor terutamanya suhu dan sinaran cahaya matahari yang bersesuaian.
Nilai jualan Laman Ternakan MAHA 2022 melebihi sasaran
Sebagai penutup tirai Laman Ternakan, jualan lelong ayam serama akan diadakan di zon Avian Valley pada hari terakhir MAHA 2022, esok.
MAHA 2022 dijangka tarik 100,000 pengunjung sehari
MAHA 2022 merupakan ekspo yang mempamerkan pencapaian terkini dalam sektor industri agromakanan negara dan dunia.
3,336 tan matrik Harumanis bernilai RM66.7 juta dikeluarkan tahun ini
Promosi 'Harumanis Kembali Lagi' sehingga 30 Jun dilancarkan hari ini, melibatkan pembabitan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta.
Tengkujuh tidak halang aktiviti pelancongan berasaskan komuniti
Musim tengkujuh tidak merencatkan aktiviti pelancongan di Terengganu, sebaliknya program berkaitan komuniti giat dijalankan.
Hasil ladang Duriotourism Kuala Kangsar dijual secara dalam talian
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Perak menyediakan pakej jualan buah-buahan secara dalam talian hasil dari ladang Duriotourism miliknya di sini, bermula Isnin depan.
Pelekat kod QR pastikan Harumanis asli
Pengarahnya Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata sistem kod QR tersebut bertujuan membantu pengguna agar tidak tertipu apabila membeli buah ikon Perlis itu.
Limpahan manfaat agropelancongan kepada masyarakat luar bandar
Usaha kerajaan menggalakkan industri agropelancongan atau agrotourism ternyata memberi impak besar dalam meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dan peluang pekerjaan bagi masyarakat luar bandar.