awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majalah TIME iktiraf nasi lemak sarapan sihat

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2016
04:23 MYT
Majalah TIME iktiraf nasi lemak sarapan sihat
Nasi lemak telah diiktirafkan sebagai salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang paling sihat oleh Majalah TIME
MAKANAN kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak kini diiktiraf salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang paling sihat oleh majalah TIME.
Menurut majalah itu, walaupun nasi lemak sering dilabel sebagai makanan berlemak ia mengandungi pelbagai nutrisi yang paling diperlukan tubuh.
“Memang ia mengandungi kandungan lemak lebih daripada apa yang kita perlukan (kurangkan pengambilan nasi) tetapi makanan itu adalah sarapan yang seimbang kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi termasuk manganese, protein dan karbohidrat.
“Kandungan cili dalam sambal (nasi lemak) boleh membantu meningkatkan metabolisme,” majalah TIME memetik sumber itu sebagai berkata.
"Nasi Lemak" tersenarai dalam TIME Magazine 10 Healthy International Breakfasts. @twt_gemuk @twt_food pic.twitter.com/mio6a9E3Ml
— joe hari (@azizul_MY) March 22, 2016
Not sure how accurate this is, but no reason to complain. "Nasi lemak listed in TIME Magazine healthy breakfasts": https://t.co/FU5n9oqzyb
— Shanggar Ganesh (@shanggarganesh) March 22, 2016
Selain nasi lemak, sarapan dari Turki yang kaya dengan tomato, keju dan telur turut mendapat perhatian majalah itu.
Turut tersenarai ialah sarapan dari Israel yang mengandungi sumber nutrisi berkhasiat.
Bukan itu sahaja, sarapan dari Jepun yang kaya dengan hidangan sampingan dan dinikmati dengan nasi serta sup tulang dari Vietnam turut dipilih sebagai sarapan paling sihat oleh majalah itu.
Topic Berkaitan
#Magazine
#nasi lemak
#TIME
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan