Lebih 66 peratus daripada 55,000 pesakit buah pinggang kronik yang menjalani rawatan dialisis berpunca daripada penyakit kencing manis, kata Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan Dr Lily Mushahar.
Beliau berkata selain kencing manis, kira-kira 30 peratus disebabkan darah tinggi serta faktor lain seperti penyakit genetik, radang buah pinggang, pengambilan ubat tahan sakit serta ubat suplemen yang tidak mendapat nasihat doktor.
"Jumlah pesakit buah pinggang meningkat setiap tahun. Seramai 7,000 pesakit baharu dikesan di negara ini yang mengalami masalah buah pinggang serta perlu menjalani rawatan dialisis setiap tahun," katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel bertajuk Penyakit Buah Pinggang Kronik, malam tadi.
Beliau berkata pemakanan yang tidak seimbang dan suka makanan manis dan menggemukkan antara punca penyakit kencing manis dan seterusnya penyumbang kepada penyakit buah pinggang.
Sementara itu, Pakar Perunding Nefrologi, Fakulti Perubatan dan Sains kesihatan, Universiti Putra Malaysia Dr Nor Fadhlina Zakaria yang turut menjadi tetamu program itu berkata saringan kesihatan adalah penting dan perlu dilakukan setiap tahun dan saringan lebih kerap perlu dilakukan bagi pesakit diabetes serta darah tinggi.
Beliau turut berkata kadar penderma buah pinggang di negara ini masih ditahap rendah iaitu hanya 1.3 peratus daripada kira-kira 30 juta rakyat Malaysia mendaftar sebagai penderma buah pinggang.
"Kira-kira 21,000 pesakit yang sudah melalui rawatan dialisis sedang menunggu penderma buah pinggang dan ia ditahap serius kerana tiada anggota keluarga yang mahu tampil untuk menderma," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2019
Saringan kesihatan adalah penting dan perlu dilakukan setiap tahun. - Gambar hiasan
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
Madonna dedah koma 48 jam selepas jatuh, dakwa selamat dijaga malaikat
Pesohor seni Madonna berkongsi pengalaman insiden dirinya jatuh sakit sehingga koma selama dua hari atau 48 jam yang sempat mengejutkan peminatnya di seluruh dunia.
Penting untuk tingkatkan kesedaran terhadap kesihatan buah pinggang
Menurut Dr Wong Hin Seng, antara punca utama ESKD ialah diabetes, diikuti penyakit darah tinggi.
Polis Itali hantar buah pinggang guna Lamborghini
Organ tersebut dihantar dari Padua di timur laut Itali ke hospital di Modena dan ibu kota Rom.
Bukan berpunca dari ubat kurus! Shahrulezad dedah buah pinggang Nad Zainal dalam keadaan baik
Shahrulezad berkata kadar kebergantungan Nanad pada mesin oksigen pun semakin berkurangan.
Ubat batuk buatan India didakwa punca 66 kematian di Gambia - WHO
WHO juga mengeluarkan amaran produk perubatan dan meminta pengawal selia mengeluarkan barangan Maiden Pharma daripada pasaran.
Jual buah pinggang untuk beli iPhone 14? Doktor Thailand tegaskan jenaka itu tidak beretika
Di Thailand, frasa jual buah pinggang untuk iPhone 14 dilihat berleluasa hingga menjadi tular di beberapa platform media sosial.
Lebih 200 batu karang dalam buah pinggang
Pesakit berkenaan mengalami sakit teruk di bahagian kiri perutnya sejak lebih lima bulan lalu.
'Hadiah paling bermakna' - Lelaki derma buah pinggang buat bapa
Pemindahan buah pinggang untuk ayahnya merupakan hadiah paling bermakna dan berharga yang pernah dia berikan kepada insan istimewa ini.
Perokok dijangkiti COVID-19 berdepan komplikasi dua kali ganda lebih teruk
Data diperoleh daripada kajian terhadap 5,889 kes COVID-19 yang dirawat di seluruh negara dari 1 Februari hingga 31 Mei 2020.