awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Teras lakar semula pembangunan negara bermula, harapan rakyat tinggi
Google Photos tiba di TV pintar Samsung mulai 2026
Pemandu maut, 40 penumpang cedera dalam nahas tren pelancong di Machu Picchu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia destinasi pelancongan kesihatan terkenal

Bernama
Bernama
13/02/2020
23:19 MYT
Malaysia destinasi pelancongan kesihatan terkenal
MOHAMADDIN: Malaysia adalah syurga untuk pemain golf, kerana terdapat lebih daripada 200 padang golf di Malaysia. - Gambar fail
Malaysia memiliki pakej lengkap untuk memikat pelancong ke negara ini dan memberi pengalaman indah baik dari segi industri pelancongan kesihatan, lokasi membeli belah mahupun kebudayaannya.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata Malaysia adalah destinasi pelancongan kesihatan yang terkenal, menawarkan kemudahan bertaraf dunia dengan kepakaran dan nilai yang berbaloi untuk wang, manakala berbelanja di Malaysia merupakan satu pengalaman menakjubkan.
"Kawasan di Bukit Bintang, pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Bangsar adalah lokasi membeli-belah yang terkenal, yang menawarkan segala-galanya daripada jenama pereka terkenal sehinggalah kepada cenderamata tempatan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Persidangan dan Pameran Kembara Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA ATCM) 2020 di sini, pada Khamis malam.
Selain itu katanya Malaysia adalah syurga untuk pemain golf, kerana terdapat lebih daripada 200 padang golf di Malaysia.
Beliau berkata untuk aktiviti bersama keluarga, pelancong boleh ke Legoland (Johor), Sunway Lagoon (Selangor), Genting Highland (Pahang), Escape Penang (Pulau Pinang) atau Taman Tema Air Desaru (Johor) untuk merakam percutian yang tidak dapat dilupakan.
Sabah pula katanya adalah sebuah syurga ekopelancongan yang kaya dengan kepelbagaian kebudayaan yang ditampilkan menerusi lebih daripada 42 kumpulan etnik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Mohamaddin Ketapi
#pelancong
#pelancongan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan