awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Sebelum kami beraya, arwah ayah akan beri duit syiling" - Anak mangsa COVID-19 pilu sambut Syawal

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2020
12:31 MYT
"Sebelum kami beraya, arwah ayah akan beri duit syiling" -  Anak mangsa COVID-19 pilu sambut Syawal
Zubair Mohammad Taufik berkata, pemergian bapanya memberikan kesan mendalam buat seluruh ahli keluarga.
Ketika orang ramai gembira meraikan Aidilfitri, sambutan Syawal buat keluarga Zubair Mohamad Taufik bagaikan tiada makna buat mereka tahun ini.
Suasana pilu menyelubungi keluarga ini apabila mereka anak beranak terpaksa menerima kenyataan, ayah kesayangan, Mohamad Taufik Bartuk, 58, dijemput Ilahi pada 20 Mac lalu akibat dijangkiti COVID-19.
Tetapi mereka reda dengan ketentuan Ilahi. Nyawa ayah tersayang dijemput Sang Pencipta akibat virus jahat itu.
Anak kedua Allahyarham yang juga seorang guru Maahad Tahfiz, Kampung Bandak Banting, Selangor, Zubair Mohammad Taufik berkata, pemergian bapanya memberikan kesan mendalam buat seluruh ahli keluarga apatah lagi bila mengenangkan Syawal yang lazimnya disambut meriah setiap tahun di Kampung Pasir Putih Tawau, Sabah.
“Setiap kali Hari Raya, saya memang akan balik (kampung). Kami akan menyambut Aidilfitri bersama-sama.
"Sebelum kami pergi beraya, arwah ayah biasanya akan memberi duit syiling sebagai duit raya. Jadi, memang agak berbeza tahun ini berbanding sebelumnya. Memang terasa kehilangan,” katanya.
Turut berduka, anak keempat Allahyarham, Fatimah Az Zahra Mohamad Taufik yang masih belajar di Madrasah Ranggu, Tawau, dirinya tidak menyangka bahawa arwah ayahnya akan pergi meninggalkan mereka dalam keadaan itu.
“Saya ingatkan tahun ini akan menjadi tahun yang sempurna kerana banyak perkara yang saya rancangkan untuk ayah saya. Tetapi apabila tidak dapat direalisasikan, saya merasakan seolah-olah telah lenyap dan tidak mahu melakukan apa-apa,” luahnya.
Kata Fatimah, arwah bapanya seorang yang sangat penyayang apabila sentiasa mengambil berat akan keperluan mereka setiap kali menjelangnya Syawal.
“Biasanya, ayah yang belikan baju saya. Tahun ini saya rasa kosong. Tetapi saya perlu kuat menghadapi dugaan ini,” tambahnya lagi.
Mereka berharap rakyat Malaysia sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa yang melanda negara ketika ini dan sentiasa mematuhi arahan dikeluarkan kerajaan demi keselamatan orang ramai dalam memerangi wabak berkenaan.
Walaupun dugaan ini menghimpit kuat mereka sekeluarga, namun mereka reda dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.
Mangsa, Mohamad Taufik Bartuk merupakan ayah kepada lima orang anak dan beliau disahkan meninggal dunia oleh doktor pada 20 Mac lalu jam 6.27 petang di Hospital Tawau akibat jangkitan virus tersebut.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Astro Awani
#Kampung Pasir Putih
#Kampung Pasir Putih Tawau
#Mangsa COVID-19
#Mohamad Taufik Bartuk
#Sabah
#syawal
#Tawau
#Zubair Mohamad Taufik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan