PENGASAS Facebook, Mark Zuckerberg merancang untuk mengambil dua bulan cuti isteri bersalin, selepas anak perempuannya dilahirkan.

Perkara ini telah diumumkan oleh Zuckerberg hari ini di laman Facebooknya.

“Ini adalah satu keputusan yang sangat peribadi, dan saya telah merancang untuk mengambil dua bulan cuti isteri bersalin selepas anak perempuan kami dilahirkan.

“Kajian menunjukkan bahawa jika ibu bapa meluangkan masa yang cukup dengan bayi mereka, hasilnya adalah baik untuk anak-anak dan keluarga tersebut," kata Ketua Pegawai Eksekutif Facebook itu.

Priscilla and I are starting to get ready for our daughter's arrival. We've been picking out our favorite childhood...

Posted by Mark Zuckerberg on

Pada Julai lalu, Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, mengumumkan kehamilan anak sulung mereka, namun tidak mendedahkan tarikh bersalin.

Memetik laporan Market Watch, dasar cuti bersalin di syarikat-syarikat teknologi di Amerika Syarikat telah berubah sejak kebelakangan ini.

Facebook menawarkan sehingga empat bulan cuti bersalin ataupun cuti isteri bersalin kepada pekerjanya. Manakala, Netflix, NLFX baru-baru ini mengumumkan bahawa pekerjanya diberi kebenaran untuk mengambil cuti bersalin/cuti ister bersalin yang tidak terhad.