PEMILIK restoran Me'nate Steak Hub menafikan ada menghidangkan makan malam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bernilai lebih RM19 ribu.

Khabar angin itu mula disebarkan di sebuah laman Facebook, yang menyebut kononnya hidangan makan malam di Seri Perdana adalah RM19,284 untuk satu malam.

Mustafa Othman, dalam satu status yang dimuat naik ke akaun Facebook semalam, kesal dengan pihak yang menyebarkan berita itu dan menyifatkannya sebagai tindakan berbentuk provokasi daripada pihak yang berkepentingan politik.

Me'nate Steak Hub menafikan laporan media sosial yang menunjukkan tanda harga daging yang kononnya di sediakan di Seri...

Posted by Mustaffa Othman on

Jelas Mustafa, menerusi gambar yang disebarkan, jelas tanda harga yang dipamerkan adalah hasil suntingan dan ia bukanlah standard tanda harga yang digunakan restoran berkenaan.

Dia turut mempersoalkan logik di sebalik kombinasi hidangan yang ditulis di dalam tanda harga berkenaan yang dianggap tidak logik.

"Jika makan stik dan Matsusaka, mana boleh ada nasi dan lauk-pauk lain," tulis Mustafa.

Gambar chef yang sedang menghidangkan makanan buat Najib dan isterinya juga disahkan bukan chef dari restorannya.

Mustafa kini sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita berkenaan.