KEKURANGAN diri tidak pernah menjadi alasan untuk Azrulkhan Hasrullah untuk berusaha mencapai apa yang dihajatinya.

Tanggal 29 Januari lalu, penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berusia 24 tahun ini membuktikan tiada apa yang mustahil, seandainya keinginan disertai dengan usaha dan doa.

Dengan hanya menggunakan kekuatan tangannya sahaja, anak muda yang mesra disapa Adam ini mengensot dan merangkak mendaki puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu.

Adam Azrulkhan Hasrullah, seorang penuntut IIUM walaupun kurang upaya tidak menghalang beliau untuk mendaki Gunung...

Posted by Sabah Info on

Biarpun tidak sampai ke puncak, Adam yang lumpuh kedua belah kaki berjaya sampai ke Sayat-Sayat, kira-kira 3,800 meter dari paras laut.

Faktor masa menjadi penghalang untuk dia meneruskan pendakian, selain cuaca yang sejuk.

UPDATE mengenai Adam Azrulkhan Hasrullah, pemuda OKU dalam misi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu dimana beliau...

Posted by Sabah Info on

Dalam muat naik status di Facebook, Adam yang mengalami kecacatan sejak lahir memberitahu biarpun sedikit kecewa kerana tidak sampai ke puncak, namun dia menyifatkan pendakian berkenaan sebagai sangat berbaloi.

Alhamdulillah. Selesai. Keindahan kinabalu tak terkira dan tak terkata. Maha Suci Allah.Agak kecewa tidak...

Posted by Hasrullah Azrulkhan on

Adam sebelum ini pernah menjadi perhatian kerana kejayaannya mendaki Bukit Broga, Bukit Tabur, Bukit Gasing, Bukit Saga dan Bukit Kutu di Selangor.