SELEPAS tiga hari pusingan kemuncak Kejohanan Mobile Legends Piala Asia Tenggara (MSC 2017) berlangsung, akhirnya pasukan IDONOTSLEEP daripada Thailand muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM213,525.
Pasukan negara Gajah Putih ini menang dengan penuh bergaya pada pusingan akhir, menewaskan pasukan Filipina Salty Salad 3-0.
Kekalahan Salty Salah itu menunjukkan mereka sekadar selesa pada tempat kedua dengan membawa pulang RM106,762.
Sementara itu bagi pasukan Malaysia, Team Saiyan dan MyA Jr masing-masing berada di kedudukan kelima dan kelapan kejohanan dan membawa pulang kira-kira RM12,000 dan RM6,405.
Kecewa dengan keputusan itu, Team Saiyan menerusi catatan Facebooknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Malaysia.
Mereka menjelaskan pasukan itu telah memberikan yang terbaik tetapi tidak mampu untuk menundukkan pasukan Impunity daripada Singapura, yang menduduki tempat ke-empat kejohanan.
“Ini akan menjadi pengalaman berharga buat kami dan kami berharap untuk kembali lebih kuat untuk pertandingan yang akan datang.
“Kepada peminat-pemin kami, terima kasih atas sokongan. Pengakhiran sebuah perjuangan adalah permulaan perjuangan seterusnya,”tambahnya dalam kenyataan Facebook yang sama.
Kejohanan MSC 2017 melibatkan lima pasukan Asia Tenggara iaitu Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Malaysia.
Ia telah berlangsung di Taman Anggrek Mall Atrium Jakarta, Indonesia pada 1 September lalu sehingga semalam.
Kejohanan ini mencatat sejarah tersendiri apabila diangkat sebagai kejohanan rasmi Mobile Legends yang pertama peringkat di antarabangsa.
Mobile Legends merupakan satu permainan video mudah alih atas talian multi-pemain yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton.
Setiap satu perlawanan, dua kumpulan akan bertarung untuk 'memusnahkan' pangkalan musuh mereka dan pada masa yang sama mereka juga perlu mempertahankan pangkalan sendiri melalui beberapa laluan yang dikenali sebagai "atas", "tengah" dan "bawah" yang menghubungkan kedua-dua pangkalan itu.
Mobile Legends dilancarkan pada 14 Julai tahun lalu di peranti Android dan 9 November pada tahun yang sama di peranti iOS.
Setakat Julai 2017, permainan itu telah dimuat turun oleh kira-kira empat juta pemain.
Mariah Ahmad
Sun Sep 03 2017
Pasukan negara Gajah Putih ini menang dengan penuh bergaya pada pusingan akhir, menewaskan pasukan Filipina Salty Salad 3-0. - Foto Facebook / Mobile Legends: Bang Bang
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MPLMY S13: Barracuda Esports buktikan zaman 'prime' RSG Malaysia sudah berakhir
Walaupun Barracuda Esports berjaya meraih kemenangan dalam Perlawanan 1 tetapi RSG Malaysia berjaya mencuri mata dalam Perlawanan 2.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
KazanForum 2024: Era sukan 'phygital' kini bermula di Rusia
Sukan phygital merujuk kepada konsep penggunaan teknologi untuk menghubungkan dunia digital dengan dunia fizikal.
ePiala Asia: Indonesia juara, tewaskan Jepun!
Pemain Indonesia yang dibarisi Elga Cahya Putra dan Akbar Paudie meneruskan aksi yang konsisten tanpa gentar walaupun diasak.
MAG Rebels juara Dota 2 MEC23/24
MAG Rebels bermula dengan baik apabila memenangi perlawanan pertama untuk mendahului 1-0.
Cabang kerjaya e-sukan dijangka terus meningkat
Penganjuran kejohanan e-sukan buka peluang kepada profesion lain seperti jurulatih, ahli psikologi, pakar nutrisi, marsyal serta pereka grafik.
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship dibuka hingga 5 Jan
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship 2023/2024 (MEC23/24) yang menawarkan hadiah terkumpul RM250,000 kini dibuka hingga 5 Jan depan.
Malaysia jadi tuan rumah Kejohanan Dunia MLBB M6 tahun depan
Malaysia akan menjadi tumpuan penggemar e-sukan sejagat tahun depan dengan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6.
KBS mahu lebih banyak e-sukan bertaraf dunia dianjur di Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan mahu lebih banyak lagi acara e-sukan bertaraf dunia seperti ESL One dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.
Hapus stigma berkuda, memanah sukan kayangan
Kewujudan sukan berkuda dan memanah di tengah-tengah kawasan perumahan memberi banyak manfaat kepada orang ramai untuk mendekatinya.