Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin, berjaya menempa nama sebagai penjelajah Grand Slam pertama Malaysia selepas menamatkan misi akhirnya ke Titik Darjah Kutub Selatan pada 11.05 pagi waktu Malaysia (4.05 petang waktu tempatan).
Qobin, 36, yang dalam rangka Ekspedisi Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 melalui Kelab Explorasi 7 Benua (KE7B), menamatkan misi penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Selatan sejauh 111 kilometer (km) bersama-sama enam penjelajah pelbagai negara serta seorang jurupandu.
Memulakan misi di Titik 89 Darjah pada Jumaat lepas dengan menarik beban seberat 50 kilogram, beliau mengharungi pelbagai cabaran termasuk cuaca sejuk melampau sehingga negatif 26 darjah Celsius dan menyebabkan dua jarinya kebas berpanjangan dan berisiko mengalami reput fros.
"Saya telah berski sejauh 26 km terakhir selama hampir 11 jam untuk tiba ke Titik 90 Darjah. Saya amat gembira dapat menamatkan misi ini.
"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malayaisa yang sentiasa mendoakan kejayaan misi ini," kata Qobin yang membuat panggilan telefon satelit kepada urusetia ekspedisi itu sejurus tiba di Titik Darjah 90.
Qobin juga memberitahu bahawa beliau akan bermalam di Titik 90 Darjah sebelum menaiki penerbangan ke Union Glacier pagi esok (waktu tempatan).
"Saya dijangka sampai ke tanah air pada awal Januari," katanya.
Qobin juga mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Asia Tenggara kedua dan umat Islam ketiga serta termuda di dunia selain 70 manusia dan penjelajah terawal yang menghabiskan penjelajahan itu.
Pengiktirafan sebagai Penjelajah Grand Slam diberikan apabila seseorang itu menamatkan siri pendakian di tujuh puncak tertinggi di tujuh benua di dunia, selain penjelajahan ke Kutub Utara dan Kutub Selatan.
--BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2017
Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin (gambar) menamatkan misi akhirnya ke Titik Darjah Kutub Selatan pada 11.05 pagi waktu Malaysia (4.05 petang waktu tempatan). - Foto Twitter \ Budak Optimis
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Juruterbang pilih jalan darat ke Tanah Suci Mekah
Sekumpulan 17 peserta memulakan ekspedisi rentas negara sejauh 15,000 kilometer menggunakan laluan darat ke Tanah Suci Mekah.
Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi pendakian Everest
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya.
Paparan kapal Titanic tidak pernah dilihat dikongsi
Paparan 80 minit dikongsikan menerusi YouTube yang mengisahkan beberapa pencapaian luar biasa dalam ekspedisi diketuai Robert Ballard.
26 pendaki rentang Jalur Gemilang gergasi di Everest Base Camp
Bendera gergasi setinggi enam meter dan 12 meter lebar dan seberat 11 kilogram itu berjaya direntangkan selepas kumpulan itu melalui trek sejauh 65km dari Lukhla ke Gorak Shep, Nepal selama 9 hari.
Kejayaan Adam tawan Kem Induk Everest beri inspirasi rakan senasib
Adam berjaya menawan Kem Induk Everest pada ketinggian 5,350 meter pada pukul 2.30 tengah hari pada 15 Mei lepas waktu tempatan (2.45 petang waktu Malaysia) dengan cara mengengsot.
Sembilan pendaki cuba tawan Puncak Gondorogo-La sempena Merdeka
Ekspedisi selama 17 hari sehingga 17 September itu dilepaskan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.
Khairil Aslan mula ekspedisi kayuhan solo jelajah Semenanjung Malaysia
Pendaki solo negara, Khairil Aslan Ab Rasid akan memulakan ekspedisi kayuhan solo menjelajah Semenanjung Malaysia selama 30 hari.
'Untuk jadi pencipta sejarah, bukan dengan jadi pengecut' - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyeru anak muda supaya berani tampil ke hadapan untuk mencipta rekod yang membanggakan negara.
Jenazah Shahrulnizam dijangka dibawa pulang
Jenazah Allahyarham Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari yang terkorban dalam ekspedisi ke Base Camp Everest dijangka dibawa pulang hari ini.