Niagara Falls merupakan tarikan pelancongan nombor satu di Kanada. Bagi pelancong, baik tempatan atau dari luar, melihat air terjun ini dengan mata sendiri tentunya memberi kepuasan yang bukan sedikit.

Tetapi sebelum anda ke sana, apa kata luangkan masa untuk membaca beberapa perkara penting ini sebagai panduan dan pengetahuan.

Pengunjung boleh memilih sama ada menaiki bot sehingga ke tengah Air Terjun Kanada, atau boleh juga menaiki helikopter.

Niagara Falls terdiri daripada air terjun yang terletak di sebelah Amerika Syarikat, yang dipanggil Bridal Veil Falls, dan bahagian yang terletak di Kanada pula dipanggil Horseshoe Falls.

 Pengunjung boleh memilih sama ada menaiki bot sehingga ke tengah Air Terjun Kanada, atau boleh juga menaiki helikopter.

Niagara Falls Kanada adalah di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Taman Niagara, sebuah agensi kerajaan berpusat di Ontario.

Taman Niagara mengurus dan memberi kebenaran untuk lawatan bot dari Maid of the Mist dan pengalaman melalui terowong air terjun, yang dipanggil Journey Behind the Falls. Jadi jika anda datang melawat, belilah pas Taman Niagara terlebih dahulu.

The Bride Veil Falls mempunyai ketinggian 34 meter, manakala Horseshoe Falls pula berketinggian 52 meter.

Sungai Niagara, sepanjang 56 kilometer, mengalir dari Tasik Erie ke Tasik Ontario yang membentuk air terjun.

Mahu mengembara ke banyak lagi tempat-tempat menarik? Lawati www.etravelfair.com.my untuk maklumat lanjut!