Pengunjung ke hutan simpan kekal Kampung Bongor, Gerik untuk menyaksikan bunga Rafflesia Cantleyi, tidak harus melepaskan peluang menikmati masakan istimewa penduduk kampung berkenaan.
Hidangan yang cukup terkenal di situ ialah nasi yang dimasak dalam buluh disertai ikan sebarau atau talapia bakar yang dicecah dengan air asam atau kicap berlada.
Penduduk kampung itu, Mohd Nazri Abdul Rashid berkata nasi tersebut dimasak dengan kaedah pembakaran seperti memasak lemang.
"Setelah dicuci, beras dibungkus kecil menggunakan daun lirit dan bemban, seterusnya dimasukkan ke dalam buluh berisi air untuk dibakar selama hampir sejam," katanya.
Hidangan ini termasuk dalam pakej lawatan berharga RM50 seorang untuk mereka yang merancang menyaksikan Rafflesia, khazanah alam yang terlindung di hutan simpan kekal itu, terletak kira-kira, 160km dari sini.
Pelawat juga disediakan pemandu pelancong, kata Pengarah Pelancongan Rafflesia Kampung Bongor, Ishak Yahya.
Dalam taklimatnya kepada pemberita di lokasi berkenaan baru-baru ini, Ishak berkata, berbeza dengan Rafflesia di tempat lain, Rafflesia atau bunga Padma di kampung itu berkembang mekar sepanjang tahun tanpa mengikut musim.
Hal ini dikesan sejak tahun 2006, katanya.
Bagaimanapun, untuk melihat keunikan bunga itu, seseorang pengunjung perlu mendaki kaki hutan simpan berbukit selama lebih kurang 45 minit hingga sejam selain sanggup berdepan dengan pacat, kata beliau.
Ishak berkata, terdapat sebanyak 35 populasi Rafflesia Cantleyi di kawasan berkenaan dengan lebih 200 kudup.
"Setiap kudup akan berkembang sekurang-kurangnya untuk tempoh empat hari dengan diameter mencecah hingga 30 sentimeter dan selepas itu ia akan mati," katanya.
Ishak berkata, untuk masuk ke kawasan itu seseorang perlu memaklum dan mendapat kebenaran pihak kampung itu atas sebab-sebab keselamatan.
Setiap pengunjung perlu dipantau untuk memastikan bunga eksotik itu tidak terancam atau dimusnahkan, kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2017
Pengarah Pelancongan Rafflesia Kampung Bongor, Ishak Yahya menunjukkan salah satu Bunga Rafflesia Cantleyi yang ditemui di hutan simpan Kampung Bongor, Gerik. - Bernama
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Nikmati sebarau bakar sambil saksikan Rafflesia Cantleyi di Kampung Bongor
Pengunjung ke hutan simpan kekal Kampung Bongor, Gerik untuk menyaksikan bunga Rafflesia Cantleyi, selain mahu menikmati masakan istimewa penduduk kampung berkenaan.