PUSAT membeli belah terkemuka Amerika Syarikat, Nordstrom, mencetuskan kontroversi apabila seluar jeans ‘berlumpur’ dijual dengan harga AS$425 (RM1,850).

Ternyata ia sama sekali tidak menggunakan lumpur sebenar kerana ia hanyalah satu salutan.

Memetik portal Nordstrom, jeans ini dicipta khas untuk lelaki yang suka imej lasak, atau ‘rugged’.

Ramai netizen yang memerli jeans ini dan menyeru orang ramai untuk letak sendiri lumpur yang betul daripada membayar jeans dengan harga ratusan dolar.








Sebelum ini jenama mewah Balenciaga menghasilkan bag berwarna biru berharga AS$2,145 (RM9,337.18) yang mirip dengan bag IKEA yang boleh dibeli dengan harga lebih kurang AS$0.99 (RM4.31).

Ikea turut memerli jenama itu di media sosial.