Kempen untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) terus hangat dengan tema "Star Wars".

Ini kerana hari ini merupakan Hari Star Wars atau ‘May the Fourth’ yang disambut pada 4 Mei.

Calon PRU14 yang memuat naik gambar bertemakan Star Wars adalah calon PKR untuk kerusi parlimen P146 Muar Syed Saddiq.


Tweet beliau berjaya mendapat 618 ‘Retweets’ dan 1046 ‘Likes’.

Reaksi kepada gambar berkenaan berbelah bagi dimana ada yang menyatakan sokongan dengan gimik Syed Saddiq ini.

Manakala ada yang kurang berminat dengan tweet itu.




Untuk kerusi Muar, Syed Saddiq akan berhadapan calon Barisan Nasional, Datuk Seri Razali Ibrahim dan Abdul Aziz Talib dari Pas.