awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

The Pantheon, pusat e-sukan pertama di Malaysia dilancarkan

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
24/10/2017
08:22 MYT
The Pantheon, pusat e-sukan pertama di Malaysia dilancarkan
Pusat e-sukan bertaraf lima bintang ini turut dilengkapi 116 komputer peribadi, zon konsol PS4, simulator lumba kereta (racing simulator) dan zon realiti maya (VR). Astro AWANI / MARIAH AHMAD
Industri e-sukan negara mencatat sejarah tersendiri hari ini apabila sebuah pusat e-sukan pertama seumpamanya dilancarkan pada satu majlis di One City, di sini.
The Pantheon, yang dibina untuk pemain permainan video dan e-sukan di Malaysia, turut mendapat pengiktirafan daripada NVIDIA GeForce GTX sebagai Arena e-Sukan bertaraf Platinum.
Pusat e-sukan bertaraf lima bintang ini turut dilengkapi 116 komputer yang dilengkapi komponen-komponen berteknologi tinggi, zon konsol PS4, simulator lumba kereta dan zon realiti maya (VR).
Pusat e-sukan pertama di Malaysia, Pantheon akan dilancarkan secara rasmi pada hari ini. #thepantheonmy @501Awani pic.twitter.com/SN8z7nHF2l
— Mariah @ Pantheon (@A_marea) October 24, 2017
Pantheon yang terletak di The Square, One City USJ merupakan arena e-sukan pertama di Malaysia yang dikuasai GeForce GTX dan G-SYNC tech. pic.twitter.com/JOUTjbRGer
— Mariah @ Pantheon (@A_marea) October 24, 2017
The Pantheon juga mempunyai enam ruang khusus bagi mereka yang mahu mencuba sendiri desktop canggih dan berteknologi tinggi daripada syarikat terkemuka seperti Alienware, Legion, MSI, Omen, Predator dan Republic of Gamers.
Menurut pengarah The Pantheon, Clement Hui pusat ini juga boleh dijadikan sebagai platform bagi pemain profesional untuk berlatih dan menyesuaikan diri dengan suasana kejohanan dunia.
"Jika lihat ada dalam kalangan pemain bila naik ke pentas, terus rasa takut. Bila sudah berasa takut menguasai diri mereka, agak sukar untuk ke peringkat seterusnya.
"Jadi kami menyediakan Auditorium Arena Pentas yang gah di sini. Bayangkan, jika mereka selalu bermain di sini, sedikit demi sedikit perasaan gementar bila berada di pentas itu akan pudar," kata Clement kepada Astro AWANI ketika ditemui selepas pelancaran The Pantheon.
Ini pula auditorium Arena Stage di The Pantheon yang mempunyai 123 tempat duduk. pic.twitter.com/hpo7WzyXtl
— Mariah @ Pantheon (@A_marea) October 24, 2017
Pengarah The Pantheon, Clement Hui turut memperkenalkan bilik khusus untuk pengulas dan ruang produksi penyiaran permainan. pic.twitter.com/KxkiXfL3Tj
— Mariah @ Pantheon (@A_marea) October 24, 2017
Clement berkata, beliau berharap The Pantheon mampu membantu industri e-sukan di Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi selain melahirkan lebih ramai pemain profesional bertaraf antarabangsa.
Sementara itu, warga media sosial terutama di Twitter menyambut baik pelancaran pusat e-sukan ini.
LMAOOOOOO MY LIFE ISSA COMPLETE SEBAB DEKAT GILA DENGAN TEMPAT AKU KEJA https://t.co/QBasawn08B
— tar (@woeitstar) October 24, 2017
Wehhh aku sanggup pergi weh. https://t.co/muVWkP7paW
— liyan (@LynAdnn) October 24, 2017
shout out to all gamer in the Malaysia woot woot https://t.co/9AdRgEIRIp
— hafiz (@hafizzzz99) October 24, 2017
Ada juga yang menyifatkan The Pantheon adalah lokasi terbaik untuk meluangkan bersama yang tersayang.
Dekat je ngn rumah. Boleh la nak ajak suami yg gian nk main DOTA datang sini. https://t.co/dJZIbHaJcb
— nurshafini (@nurshafiniC) October 24, 2017
Cukup lah nanti bawak aku dating kat sini je!!!! Sumpah takde wayang pun tkpe https://t.co/MdyqwJIkb4
— nztl(@ainaz_wawa) October 24, 2017
Topic Berkaitan
#e-sukan
#permainan video
#The Pantheon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan