TIDAK kasar dan tidak curang dalam perhubungan antara sebab mengapa sebilangan manusia memilih untuk mengadakan hubungan seks dengan robot berbanding manusia.

Barangkali, berita ini kedengaran seperti pelik dan menjelikkan tetapi inilah hasil kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Helsinki, Finland.

Majoriti daripada 432 responden dalam kajian itu menyatakan yang perbuatan membeli robot seks lebih bermoral berbanding membayar pelacur untuk menjalinkan hubungan kelamin.

Dapatan ini diperoleh selepas pengkaji melakukan empat eksperimen yang menggunakan cerita sains fiksyen untuk mewujudkan situasi dalam kalangan responden untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan nilai dan moral.

Situasi aktiviti seks di Eropah pada tahun 2035 menjadi latar belakang penceritaan. Lokasinya pula ialah satu pusat perkhidmatan seks yang menawarkan khidmat manusia dan satu lagi perkhidmatan dengan robot.

Seorang lelaki bujang dan empat lelaki yang sudah berumah tangga menjadi watak dalam penceritaan itu. Berdasarkan situasi ini, responden akan ditanyakan pandangan mereka.

Mereka berpendapat lelaki yang sudah berkahwin lebih ‘durjana’ daripada lelaki bujang yang pergi ke rumah pelacuran.

Namun begitu, mereka mengatakan yang meniduri robot ‘lebih baik’ berbanding dengan pelacur tidak kira sama ada orang itu adalah bujang atau pun sudah berkahwin.

Meskipun laporan ini tidak memberikan refleksi sebenar secara keseluruhan, tetapi masih ada beberapa perkara menarik yang perlu difahami apabila melihat pada kelakuan dan persepsi terhadap robot.

Sebenarnya, kajian sikap terhadap robot seks ini bukanlah yang pertama kali dilakukan malah menjadi trend di kalangan saintis dunia.

Portal The Next Web melaporkan, pengkaji di Universiti Concordia, Montereal melihat pada sikap dan pendapat mereka mengenai robot seks melalui sesi menjawab soalan dalam tempoh 90 minit.

Beginilah, tepuk dada tanya selera ...