Meskipun perasaan malu pada mulanya menyelubungi seorang remaja, Fakhrul Fahmie Ishak, 18, yang memakai kostum watak komik adiwira 'Spiderman' ketika membantu di gerai burger milik abangnya, Ahmad Ridhuan Ishak, 22, namun beliau kini semakin teruja apabila strategi itu berjaya meningkatkan jualan harian mereka.
Setiap hari, gerai itu yang diusahakan bersama rakan mereka, Muhammad Syukri Hakim Yacoob, 21, di Kampung Raja di sini tidak putus-putus dikunjungi pelanggan terutama yang menggunakan laluan Kampung Raja-Kota Putera sejak di dibuka 31 Dis lepas.
Menurut anak bongsu dari lapan beradik itu, beliau membantu abangnya berniaga sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengumpul sedikit simpanan untuk menyambung pelajaran pada masa hadapan.
"Pada awalnya saya rasa malu memakai kostum Spiderman sebab menjadi tumpuan orang ramai yang lalu-lalang dekat sini, namun perasaan itu bertukar teruja apabila perniagaan yang diusahakan abang saya dan Syukri bertambah baik apabila ramai pelanggan datang ke gerai burger kami.
"Mereka mencuba keistimewaan burger di sini di samping berswafoto bersama saya," katanya ketika ditemui Bernama di gerainya di Kampung Raja di sini.
Kadang kala kenderaan yang lalu dan melepasi kami pun berpatah kembali bila melihatnya berdiri di tepi jalan dan melambai-lambai kepada mereka.
"Mereka akan berhenti seketika untuk anak mereka berswafoto dan ketika itu saya mengambil peluang untuk mempromosi 'Square Burger Spiderman kami," katanya.
Ridhuan pula berkata, idea menggunakan kostum itu tercetus secara spontan dan bersama rakan karibnya Syukri terus membelinya secara dalam talian dengan harga hampir RM100 pada awal Disember tahun lepas sebelum memulakan perniagaan akhir bulan itu.
"Seperti yang diketahui umum perniagaan burger ini kita dapat jumpa di mana-mana disebabkan itu kami perlu menggunakan strategi perniagaan yang kreatif bagi memastikan burger kami berbeza dengan burger yang biasa dijual di tempat lain.
"Memandangkan agak sukar untuk saya dan Syukri memakai kostum itu sambil memasak, kami meminta Fakrul untuk menggayakan kostum itu dan menarik pelanggan ke gerai burger kami dan Fakrul dengan senang hati menyambut cadangan itu," katanya.
Katanya, selain kostum Spiderman, beliau turut menonjolkan kelainan pada burger jualannya dengan menggunakan gabungan roti berwarna-warni dan daging burger berbentuk segi empat.
Hasilnya, mereka kini mampu menjual lebih 100 biji burger sehari dengan harga serendah RM2.50 sehingga RM10.50 mengikut pelbagai jenis burger yang diinginkan pelanggan.
Ridhuan berkata perniagaan yang dikongsi bersama sahabat karibnya itu mampu meraih pendapatan RM400 sehari berbanding sebelum ini mereka mengambil upah berniaga burger di Pasir Puteh (Kelantan) dengan bayaran RM50 hingga RM70 satu malam.
Sementara itu Syukri berkata walaupun gerai yang dibuka agak kecil tetapi mereka berniaga dengan gembira di samping dapat menjalankan perniagaan mengikut masa mereka sendiri dan pulang lebih awal sekiranya stok jualan mereka habis awal.
"Kami memulakan perniagaan seawal 5.00 petang selepas waktu Asar dan menutup gerai pukul 1.00 pagi. Sebelum ini ketika bekerja di bawah orang kami akan memulakan kerja seawal pukul 4.00 petang dan hanya balik pukul 4.00 atau 5.00 pagi.
"Bila berniaga bersama Ridhuan ini semuanya lebih mudah dan teratur, yang mana setiap hari kami akan turun dari rumah masing-masing di Kampung Padang Pak Ahmad, Pasir Puteh kira-kira pukul 3.00 petang dan mula berniaga pukul 5.00 petang selepas membuat persiapan berniaga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 05 2019
Fakhrul Fahmie Ishak, 18, (kanan) menggayakan kostum adiwira Spiderman turut membantu abangnya abangnya Ahmad Ridhuan, 22, (kiri) menyediakan pesanan burger di Kampung Raja. - Bernama
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di Jertih hari ini.
Bangunan runtuh sebabkan dua kematian, pengarah resort didenda RM150,000
Seorang pengarah syarikat Malee Beach Resort didenda RM150,000 kerana gagal mematuhi syarat pembinaan sehingga menyebabkan kematian dua buruh.
13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya
Tiga belas sungai di enam daerah di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat 12 tengah hari ini, berikutan keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.
Bot terbalik, pemancing udang ditemukan lemas
Mayat Hussin ditemukan terapung di permukaan sungai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 7.45 pagi ini.
Lima lelaki dikhuatiri hilang di Gunung Tebu ditemukan selamat
Lima lelaki yang dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Tebu, Jabi di sini ditemukan selamat pada Sabtu.
Bayi lelaki dalam bekas plastik merah ditinggal atas wakaf luar pusat tahfiz
Seorang bayi lelaki cukup sifat ditinggalkan di wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz di Besut pada pagi Selasa.
Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian
Seorang kru bot nelayan maut manakala dua penumpang cedera parah dalam insiden dua bot bertembung di perairan Pulau Perhentian di sini pada kira-kira 8.15 pagi tadi.
Hafizah 30 juzuk al-Quran raih markah ACCA kedua tertinggi dunia
Safwa Zamri yang bergelar hafizah ketika berusia 14 tahun meraih markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1), sesi Mac 2023.
Ahli Parlimen Besut sekali lagi diarah keluar Dewan
Berdasarkan keputusan dibuat pada minggu lepas, Che Mohamad Zulkifly digantung tiga hari dan hanya dibenarkan masuk semula ke Dewan pada Selasa.
Ingkar arahan Timbalan Speaker, Ahli Parlimen Besut digantung tiga hari
Keputusan itu dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor selepas Ahli Parlimen itu tidak duduk walaupun sudah diberi amaran sebanyak tiga kali.