Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

#PelukPokok: Permata di sebalik hutan konkrit!

#PelukPokok: Permata di sebalik hutan konkrit!
Keindahan alam semulajadi selalu menawarkan sisi ketenangan istimewa. Anda pasti teruja! - Foto www.hallerbos.be
KUALA LUMPUR: BILA kali terakhir anda berhenti seketika dari kesibukan rutin harian dan hutan konkrit untuk melakukan aktiviti seperti mendaki bukit dan menghirup udara segar?

Anda pasti tahu keindahan alam semulajadi selalu menawarkan kepada kita sisi ketenangan yang istimewa dan tak dapat kita miliki hanya dengan melihat lampu neon di kota metropolitan.

Bosan, bukan!

Jika anda berhajat untuk mengunjungi destinasi yang penuh dengan keindahan alam semulajadi untuk menghabiskan cuti tahunan anda,  berikut adalah senarai kawasan yang anda mungkin berminat:
Hutan Amazon yang merupakan hutan hujan tropika terbesar di dunia menyumbang 20 peratus kepada oksigen di bumi

1) Hutan Amazon yang merupakan hutan hujan tropika terbesar di dunia menyumbang 20 peratus kepada oksigen di bumi, maka tidak hairanlah jika tempat ini digelar sebagai paru-paru bumi.
Daun pokok di hutan Amazon juga begitu lebar dan memerlukan kira-kira 10 minit untuk air hujan turun ke tanah.

Pokok naga yang tumbuh di dalam hutan ini berbentuk seperti UFO

2) Jika anda ke hutan Dragon’s Blood di Yaman, anda mungkin merasakan seperti mengunjungi planet lain apabila bahagian atas pokok naga yang tumbuh di dalam hutan ini berbentuk seperti UFO.
Ketika musim luruh, lantai hutan ini akan dilitupi pokok renek berbunga biru dipanggil bluebells yang begitu indah

3) Jika anda peminat kisah dongeng Cinderella atau Puteri Salju, Hutan Hallerbes di Belgium ini mungkin menjadi salah satu tempat yang boleh mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak anda yang berharap mengahwini seorang putera raja. Ketika musim luruh, lantai hutan ini akan dilitupi pokok renek berbunga biru dipanggil bluebells yang begitu indah.

Pokok Pain yang tumbuh di dalam hutan ini nampak indah dan aneh pada masa yang sama kerana kesemuanya berbentuk seperti huruf J

4) Hutan Crokeed di Poland ini mungkin akan mengingatkan anda dengan filem misteri yang pernah anda tonton di wayang. Pokok Pain yang tumbuh di dalam hutan ini nampak indah dan aneh pada masa yang sama kerana kesemuanya berbentuk seperti huruf 'J'. Ada banyak spekulasi yang timbul mengenai keanehan pokok inin seperti ribut salji atau fenomena tarikan graviti.

Anda disaran untuk memejamkan mata dan menikmati bunyi angin yang berdesir di celahan buluh

5) Jika anda ke hutan Arashiyama Bamboo Grove di Jepun, anda disaran untuk memejamkan mata dan menikmati bunyi angin yang berdesir di celahan buluh. Suasana hutan itu juga menenangkan terutamanya ketika cahaya matahari halus menerobos di celahan pohon buluh sekali gus menjadikannya tempat paling sesuai untuk anda melarikan diri daripada kesibukkan kota.