Dengan persaingan semakin meningkat antara pemandu teksi berdaftar dengan pemandu Uber, rata-rata pelanggan dilihat lebih selesa dengan perkhidmatan Uber kerana ia dikatakan menawarkan servis yang lebih baik, pemandu yang lebih mesra serta harga berpatutan.

Walaupun, Uber bukan perkhidmatan kenderaan yang berdaftar di bawah kerajaan, namun ia menerima sambutan yang sangat baik.

Tetapi, apakah punca disebalik kemorosotan perkhidmatan pemandu teksi, tambahan harga meter semakin menaik?

Berikut adalah pandangan yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Abu Ubaidah yang juga merupakan seorang anak pemandu teksi berkenaan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh setiap pemandu untuk mencari duit demi menyara hidup.

Menurut Abu, keperluan asas untuk menjadi seorang pemandu teksi adalah jauh lebih berbeza berbanding pemandu Uber.

Pemandu teksi berdaftar tertakluk kepada pelbagai syarat dan terma manakala pemandu Uber tidak perlu berhadapan dengan birokrasi proses. Berikut adalah antara perbezaan yang disebut oleh Abu;

1. Pemandu teksi memerlukan lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) manakala pemandu Uber hanya memerlukan lesen memandu.

2. Pemandu terksi mempunyai pelbagai pakej untuk mendapat sebuah teksi bersama permit. Anataranya ialah pakej sewa permit bersama teksi daripada syarikat, dimana kos sewa minimum RM50/sehari.

3. Pemandu teksi memerlukan kelulusan PUSPAKOM.

4. Pemandu teksi perlu mematuhi peraturan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), sebagai contoh; tidak boleh ambil pelanggan lebih daripada empat.

Menurut Abu, golongan pemandu teksi merupakan golongan yang ditindas daripada pelbagai sudut, tambah-tambah lagi angka pemandu teksi semakin meningkat.

Dia juga mengingatkan orang ramai bahawa kebanyakan pemandu teksi menawarkan tambang yang tinggi, kerana itu merupakan kesan tindasan syarikat atasan mereka.

Anak pemandu teksi itu turut menyoal tekanan yang dialami oleh pemandu Uber, dimana sering kali pelanggan memuji perkhidmatan mewah mereka, padahal mereka tidak tertindas oleh mana-mana pihak. Jadi, perkhidmatan Uber serta bayaran lebih murah berbanding teksi biasa.

“Pengguna hanya melihat perkhidmatan yang diberikan, mereka tak peduli apa yang perlu dilalui oleh pemandu teksi sebelum boleh berkhidmat. Sudah pasti pemandu Uber yang tak perlu melalui ini semua dapat fokus pada servis,” jelas Abu.

Pemuda itu juga menekankan bahawa dia tidak menyalahkan mana-mana pihak, malah menyeru orang ramai untuk tidak membuat kesimpulan berdasarkan apa yang mereka lihat. Hal ini kerana, menurutnya, bukan semua pemandu teksi tidak berperikemanusian, malah mereka juga mempunyai keluarga yang perlu ditanggung.

Syarikat Uber juga dilapor memecahkan monopoli teksi yang selama ini dikuasai oleh syarikat-syarikat berkepentingan yang menindas pemandu teksi.

Selain itu, Abu berpendapat bahawa situasi akan bertambah baik jika pemandu Uber berkerjasama dengan pemandu teksi biasa dalam menangani tindasan yang dialami oleh pemandu teksi secara keseluruhan.

Perkara itu akan membantu semua golongan pemandu teksi dan secara langsung, akan meningkatkan perkhidmatan teksi.

Menurut Abu, kebanyakan pihak yang mempromosi Uber menganggap pemandu teksi sebagai musuh dan pesaing, sebaliknya Uber boleh menjadi platform untuk menambah baik perkhidmatan teksi, dan bukannya menjadi pesaing.

“Hakikatnya, Uber dan pemandu teksi mempunyai "musuh" yang sama, iaitu polisi yang amat sempit dan membebankan serta hanya menguntungkan syarikat-syarikat yang mengeluarkan permit.

“Oleh kerana Uber juga memerlukan sebuah polisi sokongan kerajaan untuk kekal bertahan lama, saya rasa Uber seharusnya perlu bergabung dengan para pemandu teksi yang sedia ada, dan bukannya bergaduh sesama sendiri.

“Pecahkan monopoli syarikat berkepentingan, desak SPAD untuk wujudkan polisi yang lebih baik, isu permit, PUSPAKOM dan sebagainya,” seru Abu.

“Namun sekiranya masih ada yang menyukai Uber atas alasan pemandu teksi itu rata-rata tak boleh dipercayai, maka kalian adalah termasuk dalam golongan ignorant privileged ********. Kalau tak privileged pun, anda poyo,” kata Abu.