Pengambilan vaksin membuktikan bahawa ia lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan sekaligus tidak bercanggah dengan Islam, kata Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) Prof Datuk Dr Abdul Rahim Mohamad.
Beliau berkata pengambilan vaksin menurut pandangan Islam adalah harus memandangkan ia mampu mencegah kemudaratan daripada berlaku ke atas manusia.
"Amat sedih apabila vaksin dikaitkan dengan konspirasi dan sebagainya menyebabkan ada anak-anak orang Islam yang tidak diberi vaksin oleh ibu bapa menyebabkan mereka itu lemah dari segi daya tahan sekaligus boleh menyebabkan berlaku kematian.
"Seperti difteria, itu adalah disebabkan tidak mengambil pelalian imunisasi menyebabkan risiko bukan sahaja kepada yang tidak mengambil (vaksin) tetapi juga orang lain yang mengambilnya tapi dalam masa yang sama daya tahan kurang menyebabkan mereka itu turut mendapat sakit," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau ditemui pada Persidangan Saintifik ke-18 IMAM, yang berlangsung hari ini dengan isu vaksin menjadi isu utama yang dibincangkan dalam persidangan tersebut.
Persidangan sehari itu dirasmikan Exco Pendidikan dan Kesihatan negeri Datuk Shamshulkahar Mohd Deli dan dihadiri kira-kira 1,000 pengamal perubatan dari seluruh negara.
Mengulas lanjut, Dr Abdul Rahim berkata penolakan pengambilan vaksin akan menyebabkan seseorang individu itu terdedah kepada pelbagai penyakit seperti campak, beguk, rubela, polio dan tibi.
"Vaksin ini dalam perubatan moden bergantung kepada 'evidence based'...jadi bukti saintifik menunjuk bahawa vaksin ini adalah satu yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa dan cegah penyakit.
"Umpamanya polio, ia masih berleluasa di negara ketiga contohnya Afrika. Ini boleh dicegah dengan memberi vaksin polio dan virus itu kalau dah masuk tidak boleh ditahan lagi. Kesan sampingannya ialah akan berlaku kecacatan...jadi elok mencegah daripada awal lagi," katanya.
Polio adalah penyakit virus yang sangat mudah menular dan menyerang sistem saraf manusia.
Dalam pada itu, Dr Abdul Rahim tidak menolak bahawa pengamal perubatan kini berhadapan cabaran besar dalam usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang pentingnya pengambilan vaksin.
"Sebenarnya mereka yang antivaksin bukannya dalam kalangan orang yang tak pandai. Jadi kita menghadapi cabaran yang besar untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya vaksin kerana mereka ada pengaruh untuk mengajak orang-orang lain mempercayai fahaman mereka itu.
"Tapi bagaimanapun golongan ini tidak ramai...dan hari ini saya tengok ada kumpulan doktor-doktor yang dengan rela hati membuka blog dan bermacam lagi untuk cuba memberi penjelasan apa jua dakwaan yang dibuat tentang kesihatan. Jadi ini adalah satu cara yang baik untuk kita tangani isu ini," katanya.
Bernama
Sat Aug 20 2016
IMAM: "Amat sedih apabila vaksin dikaitkan dengan konspirasi dan sebagainya menyebabkan ada anak-anak orang Islam yang tidak diberi vaksin oleh ibu bapa." - Gambar hiasan
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Elaun bulanan imam diselaraskan Jakim
Semua pihak perlu menerima ketetapan tersebut dan berlapang dada atas kepelbagaian yang diamalkan kerajaan negeri masing-masing.
Tragedi 1 Syawal, imam dilanggar ketika berjalan kaki
Kejadian berlaku pada jam 1.43 tengah hari ketika mangsa berjalan kaki di tepi jalan tersebut.
Beri peluang kepada imam tempatan pimpin solat tarawih
Beri laluan sepenuhnya kepada imam-imam tempatan, para asatizah, para graduan dan pelajar-pelajar tahfiz tempatan.
Tarawih: Selangor larang guna khidmat imam luar negara
Selain imam lantikan MAIS, imam yang dilantik kariah masjid berkenaan turut dibenarkan.
Terengganu lunas tunggakan elaun imam, bilal
Perbezaan pandangan dan parti antara faktor yang menyebabkan hak sebahagian imam dan bilal ini dinafikan sebelum ini.
Imam mengaku tidak bersalah rogol, lakukan seks luar tabii terhadap adik ipar
Tertuduh didakwa melakukan aktiviti itu terhadap adik iparnya yang kini berusia 14 tahun sejak lima tahun lalu.
Warga emas mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Satu daripada tiga pertuduhan itu ialah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Kipas sebagai makmum, pelaku jahil - Mufti Pulau Pinang
Pihak berkuasa perlu menyiasat sama pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya.
Bencana Gunung Jerai: 'Mak kata ayah tunggu di sana' - Anak mangsa
Ku Ahmad berkata, mereka sebenarnya sudah pasrah apabila mayat Allahyarham belum ditemui selepas beberapa hari dilaporkan hilang.
Imam Masjid Negara meninggal dunia akibat komplikasi jantung
Imam Masjid Negara Khisamudin Ismail meninggal dunia akibat komplikasi jantung, pada jam 4 pagi ini di kediamannya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor.