Dalam kehidupan sehari-hari, kita haruslah tolong-menolong.

Begitulah kisah seorang peniaga warga emas ini yang ditipu oleh seorang pelanggan tidak bertanggungjawab, namun mendapat rezeki berlimpah-ruah selepas dibantu orang ramai.

Seorang peniaga warga emas yang kenali sebagai Uncle David kecewa selepas seorang pelanggan tidak bertanggungjawab yang memesan 250 anak patung Pokemon daripadanya tidak muncul pada hari yang dijanjikan.

Difahamkan, Uncle David terpaksa menggunakan pengangkutan awam dari Cheras ke Damansara semata-mata untuk membuat penghantaran 250 anak patung tersebut, namun pembeli itu tidak hadir untuk mengambil pesanan tersebut.

Lebih menyedihkan, Uncle David merupakan seorang pesakit kanser yang terpaksa menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi membiayai pengajian anaknya serta menampung kos rawatan.

Warga emas itu dikatakan telah mengeluarkan kesemua modal yang ada untuk membeli 250 patung itu.

Beliau kemudiannya kekurangan wang kerana sikap pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu.

Susulan itu, seorang pengguna Facebook, Latifah Abdul Rahman berkongsi gambar Uncle David dan meminta orang ramai untuk membantu lelaki tersebut dengan membeli anak patung itu.

"Tolonglah uncle ini, seorang lelaki tidak bertanggungjawab telah menempah 250 patung Pokemon daripadanya namun tidak datang ambil, sekarang Uncle David kekurangan wang selepas membeli stok, sila kongsi dan tolong uncle ini," kongsi Latifah semalam menerusi laman Facebooknya.


Netizen yang berada di sekitar kawasan itu kemudiannya tampil untuk menolong peniaga itu.

Hari ini, dalam satu posting di Facebook, Latifah mengatakan bahawa kesemua patung itu sudah dihabis jual.

Facebook Latifah
Facebook Latifah Abd Rahman