awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam lingkungan umur 30-40 sering dapatkan khidmat kaunseling

Bernama
Bernama
04/10/2016
09:30 MYT
Penjawat awam lingkungan umur 30-40 sering dapatkan khidmat kaunseling
Kebanyakan mereka yang datang mendapatkan khidmat kaunseling adalah secara sukarela. - Gambar hiasan
Penjawat awam dalam lingkungan umur 30 dan 40 tahun adalah golongan yang sering mendapatkan khidmat kaunseling bagi mengatasi masalah tekanan, kata Timbalan Pengarah Kanan Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Dr Abdul Jalil Hassan.
Katanya, tekanan yang dihadapi antaranya berpunca daripada masalah kewangan dengan kebanyakan kumpulan ini, baru membina keluarga, mempunyai zuriat, membeli rumah dan berhutang.
"Kebanyakan mereka yang datang mendapatkan khidmat kaunseling adalah secara sukarela dan ada juga yang dirujuk oleh ketua bahagian atau jabatan mereka," katanya kepada media selepas majlis perasmian Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam 2016 di sini hari ini.
Majlis dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Sabariah Hassan.
Dr Abdul Jalil bagaimanapun berkata secara umumnya, masalah tekanan dalam kalangan penjawat awam masih stabil kerana faktor kedudukan ekonomi yang baik termasuk menerima gaji bulanan secara tetap.
Beliau turut berkongsi pandangan bahawa masalah tekanan dijangka menjadi penyakit nombor satu dunia menjelang 2020 yang seterusnya memberi kesan negatif kepada masyarakat jika tidak ditangani dengan baik.
Katanya masalah tekanan terdiri dua jenis iaitu 'eustress' dan 'distress'. Eustress adalah tekanan bagi mencapai kejayaan manakala distress adalah sesuatu tekanan yang perlu dikurangkan.
Topic Berkaitan
#berhutang
#khidmat kaunseling
#penjawat awam
#tekanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan