Pusingan akhir pertandingan 'Miss Universe 2015' menjadi topik hangat di media sosial apabila pengacara majlis, Steve Harvey membuat kesilapan besar ketika mengumumkan nama pemenang pertandingan ratu cantik itu.

Steve telah tersilap mengumumkan nama peserta Colombia, Ariadna Guttierez sebagai pemenang Miss Universe 2015, yang mana gelaran itu sepatutnya diberikan kepada peserta Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach.

Lebih menyedihkan, pengumuman itu diikuti dengan upacara memakaikan mahkota kepada pemenang yang salah itu.

Namun, Ariadna hanya mampu menikmati detik kegembiraan itu buat sementara waktu sahaja selepas Steve segera tampil memohon maaf sambil memaklumkan kesilapan beliau mengumumkan pemenang.

"Ia adalah kesilapan saya," kata Steve sambil menunjukkan kad pemenang kepada media untuk membuktikan Ratu Filipina merupakan pemenangnya yang sebenar.

Perkara ini nyata mengelirukan serta mengejutkan penonton-penonton yang hadir.

Susulan itu, Hashtag #MissUniverse2015 mula viral di media sosial.

Menerusi hashtag tersebut, rata-rata netizen menyampaikan rasa simpati kepada Ariadna kerana terpaksa berhadapan dengan situasi yang sebegini.

Menurut mereka, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.










Bagaimanapun, Steve kemudian meminta maaf secara terbuka kepada Ratu Cantik Colombia serta semua penonton menerusi laman Twitternya.



Kebanyakan netizen memberi sokongan kepada Steve dengan memahami ia adalah satu kesilapan yang tidak senjagakan.




Ratu cantik Filipina, Pia Alonzo dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Miss Universe 2015, dalam pusingan akhir yang berlangsung sebentar tadi di Planet Hollywood, Las Vegas.

Manakala, tempat kedua pula dimenangi oleh Ratu Cantik Colombia, Ariadna Gutierrez dan tempat ketiga dimenangi oleh Ratu Cantik USA, Olivia Jordan.