awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal langgar lembu: Seorang maut, seorang cedera
13 maut, 98 cedera dalam tragedi tren tergelincir di selatan Mexico
Penduduk Pasir Linggi bina bangsal buluh sepanjang Monsun Timur Laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pereka fesyen terkenal Rizman pilih ahli perniagaan sebagai bakal isteri

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2019
10:46 MYT
Pereka fesyen terkenal Rizman pilih ahli perniagaan sebagai bakal isteri
Rizman dan bakal isterinya, Nurida Suraya bakal bernikah tidak lama lagi. - Gambar Instagram RIZMAN NORDIN
PEREKA fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin, 35, bakal menamatkan zaman bujangnya selepas mengikat tali pertunangan dengan Nurida Suraya, 30, pada Khamis.
Rizman yang juga pereka kegemaran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memilih Nurida sebagai bakal isterinya selepas mengenali hati budi masing-masing lebih setahun lalu.
"Alhamdulillah, sudah sampai masanya untuk saya menamatkan zaman bujang. Perasaan gembira sukar digambarkan kerana segalanya berubah apabila kita bertemu dengan orang yang tepat dalam hidup kita.
"Doakan semoga segala urusan berjalan dengan baik. Insya-Allah dalam masa terdekat akan berlangsung (majlis pernikahan)," kata Rizman ketika dihubungi Astro AWANI.
Rizman sebelum itu memuat naik fotonya bersama seorang wanita yang mana kedua-duanya mengenakan pakaian sedondon bewarna biru di laman Instagram peribadinya @rizman.n.
Sekalipun tiada sebarang kapsyen mengenai majlis pertunangannya dengan ahli perniagaan itu yang dikongsi, namun foto berkenaan menarik perhatian ramai pengikutnya termasuk selebriti tanah air seperti Erra Fazira, Anuar Zain dan Jaclyn Victor.
Kesemua mereka mengucapkan tahniah kepada pereka fesyen ternama kelahiran Pulau Pinang itu.
Pengikut-pengikut Rizman turut menitipkan ucapan yang sama selain mendoakan urusan masa depan pasangan berkenaan dipermudahkan.
Rizman dan rakan perniagaannya, Ruzaini merupakan antara pereka fesyen yang sangat disenangi ramai.
Kedua-dua mereka sering menghasikan rekaan yang eksklusif dan elegan sehingga sentiasa menjadi pilihan artis-artis popular serta isteri-isteri tokoh kenamaan.
Topic Berkaitan
#berkahwin
#Bertunang
#Pereka fesyen terkenal Rizman pilih ahli perniagaan sebagai baka
#pulau pinang
#Rizman Ruzaini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan