WALAUPUN musim sejuk menyelebungi Paris, pertunjukan fesyen jenama terkemuka Chanel tetap gah bertemakan taman Mediterranean di dewan pameran Grand Palais.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah tiada kelibat pereka fesyen tersohor, Karl Lagerfeld pada tunduk hormat terakhir yang sudah jadi tradisi setiap kali sesuatu pertunjukan fesyen berakhir.

Menurut jenama tersebut dalam satu kenyataan, Lagerfeld terpaksa mewakilkan pengarah kreatif jenama itu kerana beliau kepenatan.

“Bagi tradisi tunduk hormat di penghujung pertunjukan, Lagerfeld yang kepenatan meminta Virginie Viard untuk mewakilinya dan beramah mesra bersama tetamu selepas pertunjukan,” katanya.

 Menurut jenama tersebut dalam satu kenyataan, Lagerfeld terpaksa mewakilkan pengarah kreatif jenama itu kerana beliau kepenatan. Foto: Reuters

Jelasnya lagi, Chanel tetap akan terus bekerjasama bersama Lagerfeld bagi kempen akan datang.

Lagerfeld terkenal dengan kolaborasinya selama ini bersama beberapa jenama terkemuka termasuk Chanel dan Fendi.

Lagerfeld, juga pengarah artistik Chanel, juga cukup terkenal dengan rekaan yang menyerlah dan telah berkhidmat untuk jenama tersebut sejak tahun 1980-an.

Rekaan terbaharu yang diperagakan diinspirasikan dari rekaan kegemarannya.

Minggu fesyen Paris’s Haute Couture Week yang berlangsung sehingga 24 Januari ini memperagakan jenama-jenama mewah dari seluruh dunia.