Pokemon Go, permainan realiti telefon pintar, yang secara beransur-ansur menawan dunia maya, boleh membantu mereka yang mengalami masalah gangguan psikologi, menurut seorang ahli psikologi terkemuka.
"Ia memberi beberapa faedah untuk semua jenis masalah psikologi seperti kebimbangan dan kemurungan," kata Dr Edward Chan, perunding psikologi utama di Pusat Psikologi Antarabangsa, di sini.
"Sebagai contoh, mereka yang mengalami kemurungan dapat melupakan pemikiran negatif apabila bermain permainan ini, yang secara tidak langsung mampu bangkit dan meneroka dunia luar," katanya.
Selain kemurungan, katanya, Pokemon Go turut membantu mereka yang mengalami masalah serius seperti fobia dan kebimbangan sosial kerana ia adalah satu motivasi yang sangat baik bagi golongan ini untuk bangkit semula.
"Mereka akan mula berinteraksi dengan pemain lain dalam permainan ini di luar daripada hanya berkurung di rumah. Pada masa sama, ia akan meningkatkan keyakinan diri dan kemampuan bersosial," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang tiada bantahan untuk permainan itu diperkenalkan di negara ini, Dr Chan memuji langkah tersebut.
"Ini menunjukkan kita terbuka dengan perkara baharu, selain tanda negara ini sanggup menerima perubahan dengan menyesuaikan diri bersama perkembangan teknologi dan perubahan sosial," katanya.
Baru-baru ini, Salleh berkata Malaysia tidak menentang atau mengehadkan aplikasi permainan mudah alih percuma yang akan diperkenalkan di negara ini, walaupun sesetengah negara telah berbuat demikian.
Pokemon Go, yang dibangunkan Niantic Incorporation, Amerika Syarikat telah mencatat sejarah baharu permainan realiti menerusi aplikasi telefon pintar.
Walaupun aplikasi permainan itu akan diterima di negara ini, Dr Chan yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang psikologi, menasihatkan bakal pemainnya agar tidak terlalu taksub sehingga mengalih tumpuan daripada perkara yang harus diutamakan.
"Setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan Pokemon Go adalah sesuatu yang negatif, namun jika sehingga seseorang itu terganggu, mengabaikan hubungan atau pelajaran, ia pasti bukan sesuatu yang baik," jelasnya.
Pokemon Go adalah permainan konvensional 'sembunyi dan cari' yang diangkat ke tahap baharu yang memerlukan pemainnya mencari dan melawan karektor maya, berdasar lokasi dunia sebenar yang dikesan menerusi telefon pintar.
Aplikasi permainan percuma itu dikeluarkan secara rasmi pada 6 Julai lepas di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Ketika ini ia sudah sampai di 30 negara.
Sehingga kini belum ada tarikh tetap untuk ia diperkenalkan di Malaysia, tetapi aplikasi permainan itu mungkin disediakan untuk pengguna Android dan iOS mulai September ini.
Bernama
Sat Jul 30 2016
Pokemon Go turut membantu mereka yang mengalami masalah serius seperti fobia dan kebimbangan sosial kerana ia adalah satu motivasi yang sangat baik bagi golongan ini untuk bangkit semula. -Gambar fail
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
AWANI 7:45 [19/04/2024] – Perang Iran-Israel | Gaji baharu penjawat awam | Cubaan seludup dadah tumpas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkembangan terbaharu perang Iran-Israel, Israel membisu pascaserangan
- Kerajaan teliti situasi di Iran, kemungkinan bawa keluar rakyat Malaysia
-Tambah baik gaji penjawat awam, tunggu hari pekerja, kata PM
- Buang beras? Sebenarnya beras sudah rosak
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkembangan terbaharu perang Iran-Israel, Israel membisu pascaserangan
- Kerajaan teliti situasi di Iran, kemungkinan bawa keluar rakyat Malaysia
-Tambah baik gaji penjawat awam, tunggu hari pekerja, kata PM
- Buang beras? Sebenarnya beras sudah rosak
#AWANInews
Perjuangan demi perpaduan, MA63 bersama Joseph Kurup sentiasa diingati - Fadillah
Perjuangan demi mengukuhkan perpaduan negara dan merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama mendiang Tan Sri Joseph Kurup adalah antara kenangan abadi yang akan sentiasa diingati.
Kerajaan lihat keperluan rangka dasar, pinda perundangan mesra pelabur dan AI - PM Anwar
Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata aspek keselamatan data perlu diberikan keutamaan.
Perkembangan semasa letusan Gunung Ruang
Ketua Biro Kompas TV Manado, Susan Margaret membawakan perkembangan terkini letusan Gunung Ruang di Indonesia.
PHAM 2024 melabuhkan tirai, kini tiba masanya bertindak!
Sidang Kemuncak Kesihatan Planet Dan Mesyuarat Ke-6 (PHAM 2024) melabuhkan tirainya selepas empat hari dengan tambahan pra sidang diadakan di Universiti Sunway, Petaling Jaya.
Sesi yang menghimpunkan peserta dari pelbagai latar belakang itu berjaya merapatkan jurang perbincangan antara pakar dari serata pelusuk dunia, sekali gus membawa lima harapan untuk penganjuran edisi seterusnya.
Sesi yang menghimpunkan peserta dari pelbagai latar belakang itu berjaya merapatkan jurang perbincangan antara pakar dari serata pelusuk dunia, sekali gus membawa lima harapan untuk penganjuran edisi seterusnya.
10 Suspek ditahan bawah Sosma, 28 hari tanpa perbicaraan
Sepuluh individu termasuk tiga lelaki warga asing yang ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki Israel Shalom Avitan ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) .
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula
Wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break the siege of Gaza Freedom Flotilla ketika ketegangan di Asia Barat semakin memuncak susulan peperangan antara Iran-Israel.
Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.
BN hanya dapat peruntukan RM100,000 masa jadi pembangkang - Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Ahli Parlmen dari Barisan Nasional (BN) hanya menerima peruntukan RM100,000 ringgit sewaktu jadi pembangkang.
Pokemon Go bantu elak kemurungan, kata pakar psikologi
Pokemon Go turut membantu mereka yang mengalami masalah serius seperti fobia dan kebimbangan sosial kerana ia adalah satu motivasi yang sangat baik bagi golongan ini untuk bangkit semula.