Tutup

Pokok tempat berlindung Rasulullah kekal segar hingga ke hari ini

Pokok tempat berlindung Rasulullah kekal segar hingga ke hari ini
Pokok "Sahabi" di Jordan dikaitkan dengan pertemuan Rasullulah dan Bahira yang kekal hingga sekarang. - Gambar wikimedia.org
Kuala Lumpur : Percaya atau tidak sebatang pokok yang dikaitkan pernah dijadikan tempat istirehat dan berlindung Rasulullah SAW kira-kira 1,400 tahun dahulu masih kekal hidup segar sehingga ke hari ini.

Demikianlah menurut pengkaji sejarah terhadap sebatang pokok yang rendang di tengah panas terik  padang pasir yang terletak di sebuah daerah di Jordan.

Ia berdasarkan kajian yang dalam catatan yang ditemui oleh ahli sejarah, Putera Ghazi Muhamad yang mengkaji rujukan kuno.

Pokok tersebut dikenali sebagai pokok "Sahabi" yang berada di wilayah padang pasir Utara Jordan.
Penemuan pokok Sahabi tersebut turut disaksikan oleh ulama terkenal Syeikh Ahmad Hassoun selaku Mufti Besar Syria serta Putera Ghazi sendiri.

Selepas diamati, pohon tersebut menepati ciri pohon tua yang dicatat Biarawan Bahira.

Kewujudan pohon ini sangat unik kerana di tengah padang pasir yang tandus dan panas itu, ia tetap hidup segar dalam keadaan suhu panasnya yang tinggi dan tidak sesuai untuk tanaman tumbuh.

Kisah saksi bisu kenabian Rasulullah SAW ini ditulis dalam tiga manuskrip kuno oleh Ibn Hisham, Ibn Sa'ad Al-Baghdadi dan Muhamad Ibn Jarir Al-Tabari yang menceritakan bahawa kisah Bahira iaitu seorang rahib yang bertemu dengan seorang kanak-kanak kecil.
Saat itu Rasulullah SAW berusia sekitar 12 tahun yang menyertai bapa saudaranya, Abu Thalib dalam perjalanan ke Basra untuk berdagang.

Ketika Bahira melihat Rasulullah SAW dengan kabilah Abu Thalib beliau memerhati bagaimana awan melindungi pergerakkan Rasulullah SAW dan dahan-dahan pohon tersebut turut tunduk melindungi Baginda.

Bahira segera menjemput Baginda untuk makan sebelum berpesan agar Abu Thalib memelihara Baginda dengan baik kerana percaya kanak-kanak lelaki yang dibawanya itu adalah utusan terakhir tuhan dan memerintahkan Baginda segera dibawa pulang ke Mekah kerana Yahudi sedang mencarinya untuk dibunuh.

Bagaimanapun, sebahagian ulama menolak kepercayaan itu dan hubung kaitnya dengan cerita Rasulullah SAW.

Lebih malang ada sebahagian umat islam yang menziarahi pokok tersebut di Jordan melakukan perkara bidaah dan khurafat kononnya mengambil berkat pokok tersebut.