awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
6 maut, 84 cedera dalam letupan kilang besi di Inner Mongolia
Chow pemimpin berhemah, laksana projek pencetus perubahan di Pulau Pinang - Sim
Pasangan kekasih dikenal pasti mangsa rentung di Plaza Tol Jitra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Potongan bayaran masuk 33 peratus ke Kampung Budaya Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2020
10:13 MYT
Potongan bayaran masuk 33 peratus ke Kampung Budaya Sarawak
Strategi pemotongan harga ini bertujuan untuk tarik lebih ramai pengunjung ke Sarawak meskipun dalam melancong dalam suasana kelaziman baharu. -Gambar Astro AWANI
Bagi yang mempunyai perancangan untuk berkunjung ke Kuching, inilah masa terbaik buat anda mengabadikan kenangan di Kampung Budaya Sarawak (SCV).
Potongan harga menarik sebanyak 33 peratus dilaksanakan serta-merta dalam usaha merancakkan lagi industri pelancongan negara selepas bergerak perlahan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada Mac lalu.
Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, langkah yang diambil itu juga dapat meransang pertumbuhan sektor pelancongan tempatan khasnya di Bumi Kenyalang.
“Fokus kita sekarang adalah terhadap pelancongan domestik. Oleh itu, kita mengambil pendekatan untuk merangsangkan lagi sektor ini dengan melakukan pengurangan harga terutama buat tempat-tempat tumpuan yang mengenakan bayaran (tiket) kepada pengunjung,” ujarnya.
Tambah Karim, Kampung Budaya Sarawak amat mengalu-alukan kedatangan pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara.
Jelasnya, strategi ini dipercayai dapat melonjakkan semula ekonomi negara yang terjejas sejak kebelakangan ini.
Beliau memberitahu, harga baharu bayaran masuk ke SCV ialah RM20 dikenakan bagi dewasa rakyat Sarawak dan RM10 bagi kanak-kanak.
Manakala, bagi bukan rakyat Sarawak, bayaran masuk dikurangkan dari RM95 kepada RM60 bagi dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#Bonfire
#Damai Beach Resort
#Damai Santubong
#Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
#Kampung Budaya Sarawak
#Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Sarawak
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan