awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Windows File Explorer dikemas kini, lebih ringan untuk carian fail
MB Perlis umum potong gaji RM3,000, Exco RM1,500
Seorang terkorban selepas 2 helikopter bertembung di ruang udara New Jersey, AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#ProjekBegSekolah bantu persiapan persekolahan pelajar miskin

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
13/11/2015
01:42 MYT
#ProjekBegSekolah bantu persiapan persekolahan pelajar miskin
Sumbangan beg sekolah masih diterima sehingga 13 Disember ini. - Gambar Fail
Jika anda ingin menyumbang sesuatu kepada golongan kurang berkemampuan tetapi tidak tahu caranya, mungkin anda boleh menyumbang bersama kumpulan ini.
Projek Beg Sekolah diasaskan oleh Salwa Mohd Saleh dengan objektif untuk membantu meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan membuat persiapan persekolahan.
Posted by Projek Beg Sekolah on
Ini bukan kali pertama Salwa mewujudkan projek seumpama ini kerana dia pernah terbabit dalam projek yang serupa untuk membantu mangsa banjir.
Menggunakan laman media sosial Facebook dan aplikasi pesanan ringkas WhatsApp sebagai medium sebaran maklumat, projek ini mensasarkan untuk membantu seramai mungkin, dengan sukarelawan ditempatkan di seluruh negara.
Bantuan beg sekolah baharu atau preloved boleh diserahkan kepada sukarelawan yang dipilih, mengikut kawasan.
Senarai terkini 65 kawasan dengan focal person yang boleh anda hubungi untuk memberi sumbangan :)
Posted by Projek Beg Sekolah on
Sehingga hari ini, hampir 70 sukarelawan telah dilantik dan mereka akan ditugaskan untuk mengagihkan beg-beg sekolah hasil sumbangan orang ramai kepada mereka yang memerlukan.
Sumbangan beg sekolah masih diterima sehingga 13 Disember ini. Pengagihan pula dijadualkan akan selesai sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun 2016.
Penyertaan sebagai sukarelawan juga masih diterima. Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Projek Beg Sekolah.
Topic Berkaitan
##ProjekBegSekolah
#kebajikan
#Projek Beg Sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan