'Punchline' Tun M sepanjang PRU14 berbekas di hati netizen

'Punchline' Tun M sepanjang PRU14 berbekas di hati netizen
Sejak PRU14 bermula, kelantangannya menjawab soalan media dan memberi ceramah menjadi bualan baru dan 'punchline' baru yang membanggakan rakyat. - REUTERS
KUALA LUMPUR: Individu yang paling disebut-sebut rakyat sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14, sudah tentulah Perdana Menteri ketujuh Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Paling menarik di media sosial, petikan kata-kata Dr Mahathir yang mencuit hati dan sangat bermakna dimuat naik netizen di media sosial.

Dr Mahathir, 93 tahun, adalah sosok yang tidak asing lagi kepada rakyat.
Sejak dahulu lagi, petikan kata-katanya ketika menjadi Perdana Menteri keempat dari tahun 1981 hingga 2003, sering diguna pakai rakyat dalam membawa mesej kenegaraan.

Sejak PRU14 bermula, kelantangannya menjawab soalan media dan memberi ceramah menjadi bualan baru dan 'punchline' baru yang membanggakan rakyat.

Mungkinkah tiada lagi 'troll' kepada PM selepas ini, tetapi digantikan dengan petikan-petikan yang lebih bermakna.