BAGI menyemarakan lagi semangat cintakan negara, rakyat Malaysia di perantauan bergabung tenaga demi 'Sejahtera Malaysia'.

Video berkenaan dihasilkan Global Malaysian Network (GMN).

Video tersebut dipertontonkan pada Konsert Sayangi Malaysiaku 2018 di Dataran Merdeka di ibu negara pada Khamis malam.

Apa yang menarik tentang video muzik ini adalah inisiatif anak-anak Malaysia daripada seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Qatar dan Finland.

Pada awalnya, projek itu dilakukan secara kecil-kecilan.

Namun setelah ia mendapat sambutan dengan lebih 600 penyertaan, inisiatif itu diperluaskan.

Apa yang menarik, ada yang sanggup menyewa studio, serta berlatih bertutur dalam bahasa kebangsaan.




Komuniti GMN ini dicetuskan pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Ikatan persahabatan itu dibuat menerusi platform media sosial, Facebook.

Sehingga kini, keahlian GMN mencecah 26,000 ahli.