Ratusan penduduk yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand menjadikan Sungai Golok sebagai tempat beriadah dan bermandi mandi berikutan cuaca panas melampau melanda negara ketika ini.
Tinjauan di sungai berkenaan di Kampung Pengkalan Klinik di sini mendapati selain 'berpesta air', mereka turut mencari 'etak', sejenis kerang sungai di Sungai Golok menggunakan tudung saji atau baldi.
Sungai berkenaan yang menjadi sempadan antara Malaysia-Thailand itu kini surut mendadak sehingga kelihatan beting pasir di tengah-tengahnya.
Penduduk dari luar Pasir Mas dan beberapa kampung dari selatan Thailand turut mengambil kesempatan untuk berkelah bersama keluarga di kawasan tersebut.
Seorang penduduk Nik Osman Nik Soh, 36, berkata ini merupakan kali pertama paras Sungai Golok menyusut sehingga ke paras buku lali sejak tinggal di kampung tersebut lebih 30 tahun lepas.
"Sungai di kawasan kampung ini mula menjadi tumpuan orang sejak bulan lepas kerana paras airnya yang cetek. Mereka datang untuk mandi-manda dan beriadah bersama keluarga," katanya.
Seorang lagi penduduk, Sofian Sautar, 36, berkata penyusutan paras air Sungai Golok tersebut memberi limpahan rezeki kepadanya yang menjual pelbagai kudapan dan minuman ringan kepada pengunjung yang datang beriadah.
"Saya membuka sebuah gerai kecil menjual makanan dan minuman ringan kepada pengunjung dan mampu memperoleh sebanyak RM200 dan RM300 sehari.
Seorang pengunjung, Fadhilah Hasni Hassan, 31, yang berasal dari Kampung Sat, Tanah Merah kira-kira 60 kilometer dari pekan Rantau Panjang berkata dia turut teruja ke kawasan itu apabila melihat gambar mereka yang beriadah di situ menerusi laman sosial Facebooknya.
Beliau yang berkunjung ke kawasan itu bersama keluarganya berkata ia merupakan pengalaman pertamanya dapat mandi-manda di sungai berkenaan.
Bernama
Sun May 01 2016
Penduduk dari luar Pasir Mas dan beberapa kampung dari selatan Thailand turut mengambil kesempatan untuk berkelah bersama keluarga di kawasan tersebut. - Foto bernama
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Dua remaja ditemukan lemas di sungai berhampiran rumah panjang
Dua remaja dilaporkan lemas ketika bermandi-manda di sungai berhampiran Rumah Panjang Batu Lintang Jalan Ulu Layar, di sini hari ini.
Melaka promosi Taman Laut Melaka sempena TMM 2024
Keindahan dan keunikan terumbu karang di kawasan Taman Laut Melaka akan diketengahkan sebagai salah satu tarikan baharu dalam merancakkan lagi promosi Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
Silang kata, catur dapat kurangkan risiko demensia dalam kalangan warga emas
Hobi kreatif seperti membuat kerajinan, mengait dan melukis, dan membaca juga mampu mengurangkan risiko sebanyak tujuh peratus.
Pulau Pinang tingkatkan pendayaupayaan golongan gelandangan
Pulau Pinang berhasrat meningkatkan pendayaupayaan golongan gelandangan melalui latihan kemahiran.
Program 'ngoca ikan' beri pengalaman berharga kepada generasi muda
Program ngoca itu membolehkan seseorang merasai pengalaman menangkap ikan secara tradisional seperti pada zaman dahulu.
Pahang laksana 'Kuantan Car Free - Green Hour' setiap bulan
Program itu melibatkan penutupan jalan selama dua hingga tiga jam bagi membolehkan aktiviti riadah berlangsung.
Risau 'camping' kawasan air terjun? Ini panduan kenal pasti 3 jenis kepala air
Kita perlu ambil tahu dan kenal pasti ada 3 jenis kepala air bagi mengelakkan tragedi meragut nyawa dan kejadian yang tidak diingini terjadi.
COVID-19: Hampir 1,600 kes baharu dicatat di New South Wales
Aktiviti riadah di negeri itu berjalan rancak dengan ramai pengunjung ke pantai pada Sabtu bagi meluangkan masa bersama keluarga.
Empangan Mengkuang dan tiga lagi lokasi rekreasi dibuka mulai esok
Had kemasukan pengunjung untuk berekreasi ditetapkan dalam jumlah tertentu untuk menjaga SOP penjarakan fizikal.
PKPP: Minat untuk riadah berbasikal? Ini 9 tip mudah untuk anda
Bagi anda yang baru sahaja mula berminat untuk melakukan aktiviti berbasikal, ini sembilan tip yang dikongsikan penunggang basikal profesional