Pada usia 15 tahun, Ku Myra Madihah Ku Hasmadi sudah mempunyai perniagaan menjual herba yang ditanamnya sendiri.
Sejak memulakan syarikatnya, JustHerbs September tahun lepas, beliau sudah menjual pokok herba di dalam pasu dan polibeg pelbagai saiz bernilai RM800 dan yakin perniagaannya akan berkembang maju.
"Ramai orang melihat iklan saya di media sosial dan kebanyakan pelanggan saya berkata mereka gembira dengan produk dan tip yang saya berikan tentang penanaman herba. Saya percaya mereka akan memberitahu orang ramai mengenai saya," katanya.
Ku Myra Madihah merupakan pelajar di Sekolah Antarabangsa Seven Skies di Kota Damansara yang mana sukatan pelajarannya merangkumi pembangunan perniagaan.
JustHerbs merupakan projeknya di bawah program keusahawanan, bagaimanapun beliau sudah lama menanam herba sebelum bersekolah di situ kerana keluarganya gemar menanam tumbuh-tumbuhan.
"Saya mula menanam pokok sejak berumur empat tahun dengan bantuan ibu dan nenek," kata anak kepada Ku Hasmadi Ku Mamat, 43, seorang pengawal kewangan di sebuah syarikat multinasional dan Marina Abdullah Sani, 44, seorang doktor kerajaan.
Ku Myra Madihah menawarkan 13 herba termasuk kunyit, pudina, daun limau purut, kucai Cina dan aloe vera, yang bebas racun perosak dan boleh digunakan untuk tujuan masakan dan perubatan. Setiap satunya dijual dengan harga bermula RM3 hingga RM10.
Anak sulung daripada dua beradik perempuan itu berkata beliau turut memberikan tip mengenai teknik siraman dan lokasi sesuai untuk menempatkan tanaman itu.
Beliau berharap dapat menggalakkan lebih ramai penduduk di Lembah Klang khususnya di Kuala Lumpur untuk menanam pokok kerana langkah itu akan menjadikan alam sekitar lebih hijau.
Mata pelajaran yang diajar di Seven Skies sama seperti di sekolah lain kecuali tumpuan terhadap subjek pembangunan perniagaan. Mempelajari al-Quran juga ditekankan di sekolah yang bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris itu.
Ku Myra Madihah berkata program keusahawanan yang dilancarkan pada 2014 itu mengajar beliau mengenai membuat keputusan dan bagaimana untuk memasarkan produknya.
"Saya percaya pemikiran saya kini lebih matang, tetapi saya masih ada banyak lagi yang perlu dipelajari," kata pelajar tingkatan tiga itu. Program tersebut bermula di tingkatan dua.
Sementara itu, Pengetua sekolah berkenaan, Dr Tawfique Chawdury berkata peserta program itu diajar mengenai asas perniagaan - pemerbadanan, penjenamaan, pemasaran, perakaunan - segala-galanya yang perlu diketahui dalam mengendalikan perniagaan.
"Setiap pelajar dikehendaki menubuhkan dan menjalankan perniagaan untuk sekurang-kurangnya satu tahun akademik," katanya.
Ditanya bagaimana pencapaian Ku Myra Madihah, Dr Tawfique berkata: "Beliau merupakan seorang daripada pelajar yang berprestasi tinggi. Beliau menunjukkan ketekunan dalam pelajaran dan projek perniagaannya".
Mereka yang berminat mendapatkan tanaman herba boleh menghubungi Ku Myra Madihah menerusi e-mel [email protected], WhatsApp di talian +60123220869, atau Telegram di JustHerbs.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 10 2017
Ku Myra Madihah menerima maklum balas positif dari akaun media sosialnya. - Foto Bernama
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Remaja 15 tahun miliki perniagaan sendiri
Pada usia 15 tahun, Ku Myra Madihah Ku Hasmadi sudah mempunyai perniagaan menjual herba yang ditanamnya sendiri.