Tutup

Resipi Nasi Lemak Bunga Telang rangkul emas, julang nama chef Malaysia di Ireland!

Resipi Nasi Lemak Bunga Telang rangkul emas, julang nama chef Malaysia di Ireland!
Safura yang kini menetap di Ottawa, Ontario turut berkongsi tentang keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan, namun dia tetap bersyukur atas kemenangan itu. - Facebook @Safura Tawil
MALAYSIA sekali lagi berada di pentas dunia apabila seorang chef negara ini berjaya meraih pingat emas dalam sebuah pertandingan masakan di Dublin, Ireland.

Siti Safura Mohd Tawil mendapat tempat pertama dalam pertandingan kelas masakan Asia-India di pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 (Chef Ireland Culinary Competition) yang dianjurkan oleh barisan panel chef dari Ireland.
Namun, apa yang menarik apabila Safura mempertaruhkan menu kegemaran rakyat Malaysia iaitu resepi Nasi Lemak Bunga Telang dalam pertandingan itu. 

.
Menerusi perkongsian gambarnya bersama pingat di laman sosial Facebook, Safura memaklumkan dia dianugerahkan pingat emas itu dalam pertandingan yang diadakan di Pameran Food & Bev Live 2020 semalam. 

.

“Terima kasih Duta Besar Malaysia TYT Encik Zakaria Nasir dan isteri Puan Junainah untuk sokongan yang tidak terhingga,” tulis Safura.

“Juga terima kasih kepada Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa dan Tuan Razman untuk nasihat dan pandangan. Sangat dihargai,” tambahnya lagi.

 

Safura yang kini menetap di Ottawa, Ontario, Kanada turut berkongsi tentang keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan, namun dia tetap bersyukur atas kemenangan itu.

Rata- rata netizen memberikan komen yang positif ke atas kejayaannya di Dublin itu.


Tag: Nasi lemak, dublin, pertandingan memasak, rakyat Malaysia, nasi lemak bunga telang, Siti Safura Mohd Tawil, chef muda



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.