awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Rugi belajar jauh-jauh? Saya selamatkan pesakit, apa yang anda buat?' - Amalina Bakri

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
17/12/2017
06:00 MYT
'Rugi belajar jauh-jauh? Saya selamatkan pesakit, apa yang anda buat?' - Amalina Bakri
Amalina mempunyai cara tersendiri untuk menjawab kritikan sinis netizen.FOTO/Twitter Amalina Bakri
SEORANG pengguna Twitter terpaksa menyahaktifkan akaun miliknya selepas membuat satu teguran sinis kepada seorang lagi pengguna Twitter, Amalina Bakri.
Amalina, atau Nur Amalina Che Bakri, merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2004 dan kini berkhidmat sebagai pakar bedah di London.
Pengguna Twitter berkenaan, yang dipercayai seorang lelaki, pada awalnya membuat teguran berbaur sinis terhadap penampilan Amalina yang berbeza berbanding ketika dia menetap di Malaysia dahulu.
"Rugi belajar jauh-jauh tapi jadi macam ni," tulis lelaki tersebut.
Namun sebagai wanita berpendidikan, Amalina nyata mempunyai jawapan yang jauh lebih 'pedas'.
Oh yea ker? Rugi ker? On my night shift today, I operated on 2 ppl, 1 almost died and 1 almost lost his leg, what did you do today? Watching porn? /p>— Amalina Bakri (@DrAmalinaBakri) December 15, 2017
"Rugi ke? Saya melakukan dua pembedahan hari ini, seorang hampir mati dan seorang lagi hampir kehilangan kaki.
"Apa yang anda lakukan hari ini? Tonton video lucah?" tanya Amalina sinis.
Gara-gara jawapan itu, lelaki itu kemudiannya menyahaktifkan akaunnya.
Netizen rata-rata menyokong jawapan Amalina itu dan menyifatkan teguran lelaki berkenaan sebagai tidak kena tempat.
Kata mereka, menegur ada caranya, apatah lagi jika orang yang ingin ditegur itu bukan calang-calang.
"Menegur, menghina dan menyindir, adalah tiga perkara yang berbeza," tulis seorang pengguna Twitter, @dhiya_ma.
Topic Berkaitan
#amalina che bakri
#London
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan