awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,682 kenderaan diambil tindakan dalam Ops Perang Lebih Muatan di Terengganu
Ketua PBB kecam Parlimen Israel lulus pindaan sasar UNRWA
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rupa-rupanya, menu gulai kambing Nasi Kandar Sulaiman Sukran pilihan Mat Sabu

Wafa Aula
Wafa Aula
19/06/2018
10:28 MYT
Rupa-rupanya, menu gulai kambing Nasi Kandar Sulaiman Sukran pilihan Mat Sabu
Tindakan Mat Sabu yang menjamu selera di restoran biasa itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memberikan reaksi positif dan menganggap ia sebagai usaha Mat Sabu dalam mendekati dan memahami masyarakat. -Foto Twitter MSabu_Official
Tahun ini, merupakan kali pertama Mohamad Sabu menyambut lebaran sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.
Jawatan menteri yang baharu disandangnya itu ternyata tidak mengubah diri personaliti politik, yang lebih mesra disapa sebagai Mat Sabu untuk bergaul dengan rakyat.
Hari ini, beliau memuat naik beberapa keping gambar di akaun twitter peribadinya menyatakan beliau menikmati makan tengahari di restoran Nasi Kandar Sulaiman Sukran, Segambut di ibu negara hari ini bersama pekerjanya.
Imej itu disertakan dengan kapsyen memuji hidangan di kedai itu: 'di sini gulai kambingnya sangat sedap’
Makan tengahari bersama staf pejabat di kedai nasi kandar Sulaiman Sukran di Segambut. Di sini gulai kambingnya sangat sedap. pic.twitter.com/XDK6xNLtfM
— Mohamad Sabu (@MSabu_Official) June 19, 2018
Tindakan Mat Sabu yang asyik menjamu selera di restoran itu mendapat perhatian netizen yang memberikan reaksi positif.
Mereka menganggap ia sebagai usaha Mat Sabu dalam mendekati dan memahami masyarakat.
Ahli politik suka makan kedai utk bertemu masyarakat,org biasa spt sy suka mkn kat rumah..lbh sedap,berkhasiat,bersih,jimat,banyak,puashati,menu ikut citarasa,Halal lg baik
— mohd noor (@mnoornabila) June 19, 2018
Ahli politik suka makan kedai utk bertemu masyarakat,org biasa spt sy suka mkn kat rumah..lbh sedap,berkhasiat,bersih,jimat,banyak,puashati,menu ikut citarasa,Halal lg baik
— mohd noor (@mnoornabila) June 19, 2018
Way to go YB! Eating at restaurants where members of the public eat at. Don't lose that ordinary folks' spirit! You're making all the right moves!
— Iceman2762 (@kusanvinvin) June 19, 2018
Mcm ni la menteri merendah diri yg patut ada di malaysia... tahniah YB kerana menjadi cth kpd pemimpin yg lain... yg cepat bongkar kes rasuah scorpene dan lain2...
— SSMY (@Shahrizal280) June 19, 2018
Terdahulu, dalam satu temu bual bersama Astro AWANI, Mat Sabu menyatakan dirinya memang suka bergaul dengan sesiapa sahaja dan tidak pernah meletakkan tembok pemisah antara dirinya dengan rakyat biarpun sudah bergelar seorang menteri.
“Saya tak ada beza apa-apa. Saya tetap Mat Sabu, tetap berkawan dengan semua.
“Saya tak mahu jawatan mengubah saya. Saya suka bergaul dengan orang ramai tak kira waktu dan masa.” katanya ketika ditemubual Astro AWANI.
Bercerita mengenai persiapan raya, beliau mengatakan segala persediaan dilakukan dengan sederhana dan tidak memiliki apa-apa tema atau pakaian khusus untuk menyambut lebaran.
“Saya tak ada pakaian khas atau warna tema. Saya tak pakai baju tertentu, hanya pakai biasa macam orang kampung lain.” tambahnya lagi.
Ditanya apakah makanan dan restoran kesukaan yang paling diminatinya, Mat Sabu menyenaraikan beberapa tempat antaranya Nasi Kandar Pokok Ketapang, Char Koay Teow Telur Ayam Dibasuh, dan Mee Udang di Butterworth.
Beliau turut mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharap masyarakat dapat hidup dengan harmoni, bergaul mesra tanpa dibatasi perbezaan politik.
Topic Berkaitan
#lebaran
#Mat Sabu
#menteri
#Menteri Pertahanan Malaysia
#Mohamad Sabu
#Nasi Kandar Sulaiman Sukran
#politik
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan