DENGAN semangat dan hasrat untuk mencari persamaan dalam perbezaan, Segaris Art Centre membawa bekas pelajar Institut Seni Indonesia (ISI) Yogyakarta untuk membuat pameran di Kuala Lumpur.

Pameran itu diadakan bersama dengan bekas pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bagi yang berminat untuk melihat hasil karya bekas pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM dan Institut Seni Indonesia, pameran BEDA akan berlangsung di Segaris Art Centre, Publika hingga 25 Ogos nanti.