Tanpa meminta sumbangan dari masyarakat umum, sebuah pusat tahfiz di Temerloh, Pahang membuktikan ia masih boleh beroperasi dan terus bertahan.

Semuanya atas idea kreatif pengetua bersama kumpulannya yang mahu berdikari membiayai pusat tahfiz itu dan pada masa membimbing pelajar-pelajarnya ke peringkat pendidikan lebih tinggi.

Kolam renang Al-Amin merupakan satu-satunya taman rekreasi yang memisahkan pengunjung lelaki dan perempuan untuk bermandi-manda dengan selesa.

Taman rekreasi ini merupakan cetusan idea di luar kotak seorang mudir yang mahu menaik taraf pusat tahfiznya dengan menjana pendapatan melalui taman rekreasi ini.

Bukan itu sahaja, taman rekreasi ini juga merupakan pusat rekreasi pertama di negara ini yang bercirikan Islam.

 Kolam renang Al-Amin merupakan satu-satunya taman rekreasi yang memisahkan pengunjung lelaki dan perempuan untuk bermandi-manda dengan selesa.

Pengetua Pusat Tahfiz Al-Amin, Wahid Ghaffar Ibrahim ketika ditemui Astro AWANI memberitahu ideanya itu tercetus selepas beliau menyertai satu kursus yang menekankan perlunya pengusaha pusat tahfiz berfikir di luar kotak dalam menjana pendapatan sampingan.

“Idea kreatif yang lebih luas kadang-kadang perlu diberi khidmat nasihat dan mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan seperjuangan atau dari pihak berkuasa,” ujarnya.

Hasil pemikiran kreatif Wahid, kerajaan negeri telah mengiktiraf idea itu apabila beliau menerima Anugerah Inovasi Jabatan Swasta Negeri Pahang 2016.

Hasil pemikiran kreatif Wahid, kerajaan negeri telah mengiktiraf idea itu apabila beliau menerima Anugerah Inovasi Jabatan Swasta Negeri Pahang 2016. -Gambar fail

Kolam Tahfiz Al-Amin di Kampung Berhala Gantang yang telah beroperasi sejak lima tahun lalu membuktikan bahawa dakwah melalui aktiviti beriadah juga mampu dilaksanakan menerusi cetusan idea kreatif dan inovatif. -Gamabr fail

Kolam Tahfiz Al-Amin di Kampung Berhala Gantang yang telah beroperasi sejak lima tahun lalu ini membuktikan bahawa dakwah melalui aktiviti beriadah juga mampu dilaksanakan menerusi cetusan idea kreatif dan inovatif.

Dengan bayaran masuk serendah di antara RM3 hingga RM5, tidak hairanlah apabila kolam tahfiz ini tidak putus-putus menerima kunjungan lebih-lebih lagi pada waktu cuti umum dan cuti hujung minggu.


Selain diguna untuk operasi pengurusan kolam, pendapatan daripada jualan tiket dan pengurusan acara yang diterima kolam tahfiz ini akan disalurkan kepada Pusat Tahfiz Al-Amin demi memastikan pelajar-pelajarnya menerima pendidikan sempurna yang akhirnya menjadikan mereka insan berguna satu hari nanti.

Justeru, pusat-pusat tahfiz di negara ini disarankan untuk terus melahirkan idea kreatif agar martabat pusat pendidikan agama ini dipertingkatkan.