Samsung Malaysia melancarkan telefon pintar yang dinanti ramai, Galaxy Note10 dan Note10 +, pada Khamis.

Keluaran terbaharu Samsung ini menggabungkan reka bentuk yang elegan, dengan prestasi dan penekanan terhadap elemen produktiviti, membolehkan ia dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan.

Siri terbaharu dalam Galaxy Note ini memberi pengguna kebebasan untuk bekerja mengikut cara yang dimahukan dan dalam masa yang sama masih mampu memaparkan kreativiti mereka.

"Dalam landskap sosio semasa, cara kita berhubung telah mendefinisikan bagaimana kita bekerja, bermain, hidup dan berfikir.

"Dan untuk memenuhi keperluan definisi ini, kami melancarkan Galaxy Note10 yang mudah dihubungkan dengan ekosistem dan perkhidmatan yang luas.

"Ia boleh disambung tanpa masalah ke PC atau Mac, melalui Samsung DeX dengan hanya kabel USB mudah dan pengguna boleh memindahkan fail mereka.

"Dengan kamera pro-gred Galaxy Note10, kini semua orang boleh mengambil gambar seperti profesional dan membuat suntingan seperti seorang Youtuber yang memenangi anugerah," kata Ketua Perniagaan IT & Mudah Alih, Samsung Malaysia Electronics, KM Liew.

Galaxy Note10 didatangkan dalam tiga variasi warna iaitu Aura Glow, Aura Black dan Aura Pink, manakala Note10 + ditawarkan dalam warna Aura Black, Aura White dan Aura Glow.

Galaxy Note10 dan Note10 + dipasarkan pada harga antara RM3,699 dan RM4,199.

Pengguna juga boleh mendapatkan Note10+ dengan kapasiti lebih besar iaitu 512GB pada harga RM4,799.