Sebab apakah anda mengamalkan gaya hidup untuk kekal sihat?
Bagi David Beckham, keluarga adalah segala-galanya dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk bersama isteri dan empat anaknya, dan menjaga kesihatan adalah paling utama.
“Kami selalu menjalani aktiviti bersama. Contohnya pada musim panas, kami akan ke Los Angeles dan mendaki sekurang-kurangnya dua kali seminggu.”
Biarpun dia dan isterinya Victoria sibuk dengan kerjaya masing-masing, namun mereka tetap memperuntukkan masa melakukan aktiviti bersama anak-anak mereka.
“Romeo suka bermain tenis, Cruz suka berlari, dan saya selalu temani mereka. Harper pula sebenarnya memberitahu saya yang mana saya sudah maklumkan kepada Victoria bahawa dia mahu menjadi pemain bola sepak. Tidak tahulah sejauh mana hasratnya itu akan bertahan.
“Masing-masing punyai aktiviti kegemaran sendiri tetapi sebagai keluarga, saya cuba untuk bawa anak-anak ke taman dan lakukan aktiviti seperti berbasikal,” kata ikon antarabangsa berusia 42 tahun itu.
Beckham yang dilantik sebagai Duta Global syarikat insuran AIA tiba di Malaysia pada Jumaat sebagai destinasi terakhir jelajah AIA Vitality Tour untuk melancarkan kempen ‘What’s Your Why’, sebuah kempen utama AIA di Asia Tenggara untuk membantu masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.
Menerusi kempen tersebut, dia menyeru orang ramai untuk berbuat demikian dengan mempunyai sebab tersendiri untuk dijadikan motivasi.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif AIA Berhad, Anusha Thavarajah, dia berharap kerjasama dengan bintang kegemaran ramai itu mampu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia khususnya pada ketika penyakit berkaitan gaya hidup di negara ini semakin membimbangkan.
“Kita suka menang dalam banyak perkara namun satu perkara yang kita menang tetapi tidak suka untuk memenanginya adalah kita negara paling obes di Asia Tenggara.
“Sebab itu kita lancarkan AIA Vitality dan AIA sebagai syarikat yang memperjuangkan kesihatan komited untuk terus mendorong rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat, lebih baik dan lebih lama,” katanya.
Walaupun sudah bersara sebagai pemain bola sepak profesional, bekas kapten England ini menyatakan bahawa amalan gaya hidup sihat masih sebahagian daripada hidupnya.
Mengakui cara hidupnya banyak berubah selepas menggantung but sejak empat tahun lalu, tetapi dia masih menitik-beratkan kesihatan dirinya.
“Saya banyak bersenam untuk kekal cergas dan sihat, ia penting bukan untuk fizikal sahaja tetapi secara mental saya mahu rasa lebih hebat, cergas dan sihat untuk anak-anak saya.
“Dari segi pemakanan pula saya tidak menolak apa-apa jenis makanan, tetapi saya cuba menikmatinya pada kadar yang sederhana. Dan saya ajarkan anak-anak saya tentang itu.”
Beckham turut menambah, kehidupan masa kini yang sibuk dan pantas sering membataskan kita untuk aktif, namun ia masih boleh dilakukan dengan pelbagai alternatif.
“Anda selalu cuba untuk bantu kawan dan keluarga, ada kalanya anda sendiri memerlukan bantuan.
“Jadi ia satu perkara yang baik untuk memiliki orang sekeliling yang jujur dengan anda dan mereka akan ajak anda untuk berlari, berjalan, dan ia perkara yang semudah itu,” ujarnya.
Beckham turut sempat meluangkan masa bertemu peminat pada AIA Viatality Wellness Festival di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) untuk berkongsi inspirasi sempena kempen tersebut.
Israr Khalid
Fri Sep 22 2017
Bagi David Beckham, keluarga adalah segala-galanya dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk bersama isteri dan empat anaknya, dan menjaga kesihatan adalah paling utama.
Apple perkenal cip pemprosesan Apple M4
Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya.
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.
Gaji minimum sepatutnya RM2,102, bukan RM1,500
Menurut kajian tersebut, gaji minimum yang sebenar adalah RM2,102 sebulan dan bukannya RM1,500 seperti sekaranG. Dapatan itu setelah mengambil kira beberapa faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis kemiskinan, dan produktiviti.
[TERKINI] Pendapatan bertambah baik namun kadar kemiskinan masih tinggi
Pendapatan penengah bulanan isi rumah telah pulih kepada tahap sebelum pandemik dengan median pendapatan bulanan isi rumah meningkat 32 peratus kepada hampir RM3,000.
Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
Di sebalik lirik 'Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu'
Batu buatan itu sebagai simbolik Kuala Kubu Baharu sebagai lokasi tumpuan perkelahan dan mandi-manda.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang negara itu mengukuh berbanding mata wang utama lain.
AWANI Ringkas: Cermin kereta dipecah dengan tukul besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PATUH jadi pemudah cara, bantu perjalanan operasi TH
PATUH membantu mengendalikan jemaah haji Malaysia selain bertindak menjadi pemudah cara untuk petugas haji dengan kerajaan Arab Saudi.
10 tahun menjamin masyarakat hidup sihat dan bermakna
Tahun 2021 melakar sejarah istimewa untuk AIA PUBLIC Takaful kerana menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-10.
Kesedaran rakyat Malaysia mengenai kesihatan meningkat - AIA
Tinjauan merekodkan sebanyak 45 peratus daripada rakyat Malaysia bersenam dengan lebih kerap, manakala 43 peratus mengambil makanan berkhasiat sejak pelaksanaan PKP.
Enggan salam David Beckham: 'Masih ada gadis Melayu yang tahu jaga tatatertib'
Sedar nilai agama yang dipegang bukan setakat pada tudung yang dipakai semata-mata, gadis itu tidak teragak-agak untuk tidak menyambut huluran salam Beckham.
Saya berusaha untuk kekal sihat demi keluarga - Beckham
Biarpun dia dan isterinya Victoria sibuk dengan kerjaya masing-masing, namun mereka tetap memperuntukkan masa melakukan aktiviti bersama anak-anak mereka.
David Beckham datang Malaysia!
Bekas pemain Manchester United (MU), David Beckham akan akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 22 September ini.