Tutup

Sebagai tanda penghargaan, wajah Dr Amalina dijadikan mural

Sebagai tanda penghargaan, wajah Dr Amalina dijadikan mural
Mural wajah Dr Amalina terpampang di Lorong Seni, Kota Tinggi, Johor.
Doktor pakar pelatih surgikal Dr Amalina Che Bakri melahirkan rasa keterujaannya apabila wajahnya terpampang sebagai mural.
 
Menerusi laman Instagramnya, Dr Amalina berkongsi gambar mural tersebut yang terletak di Lorong Seni, Kota Tinggi, Johor.
 
I feel very honoured. Check out Lorong Seni in Kota Tinggi, Johor,” jelasnya sebagai kapsyen.
 
Amalina turut memberikan ucapan penghargaan kepada kerajaan negeri Johor kerana mengiktiraf dirinya sebahagian daripada anak negeri Johor.


Malah, dia turut meninggalkan dua tanda pagar #ProudJohorean dan #IGrewUpInJohorBahru sebagai tanda bangga.
 
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berbangga dengan hasil mural serta pencapaian Amalina di United Kingdom.
 
Tidak kurang juga ada lahir di negeri Johor meninggalkan komen ‘anak Johor’ di ruangan komen.
 
Terdahulu, pasukan doktor pakar termasuklah Dr Amalina mencatatkan momen bersejarah apabila terlibat dalam pembedahan mengeluarkan ketumbuhan seberat 200 gram daripada mulut adik Ainul Mardhiah. 
BACA: Ainul Mardhiah selamat dibedah, tumor 200 gram berjaya dibuang 
 
BACA: 'You are a 'superwoman', terima kasih Doktor!' - Dr Amalina Bakri trending

BACA: 'Dulu dicemuh hari ini diangkat' - PU Rahmat puji pendirian Dr Amalina
BACA: Dr Nur Amalina menjadi trend kerana budi baiknya




Tag: amalina che bakri, doktor, london, anak johor, lorong seni, kota tinggi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.