Sebelum 'bersihkan Parlimen, Anwar bersihkan Port Dickson dahulu

Sebelum 'bersihkan Parlimen, Anwar bersihkan Port Dickson dahulu
Jadi, wajarlah kepada calon PRK Port Dickson memfokuskan bukan sahaja kesejahteraan rakyat malah kelestarian alam. - Foto IG Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Selepas akui berjaya 'lari sementara' dari Port Dickson untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pelaburan, Malaysia: A New Dawn di Kuala Lumpur, kini Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali beraksi di Port Dickson menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 itu.

Selain bertemu pengundi, beliau turut memilih 'bertemu' sampah sarap yang mencemarkan pantai di Port Dickson.
Kata Anwar menerusi muat naik di Instagram dengan kapsyen, "pantai bersih, Port Dickson indah. Kebersihan pantai tanggungjawab kita semua! Port Dickson ku indah tanpa sampah."

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pantai bersih, Port Dickson indah. Kebersihan pantai tanggungjawab kita semua! Port Dickson ku indah tanpa sampah.

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) on


Memang jadi lumrah kita di Malaysia, apabila sebut Port Dickson, pastinya percutian pantai difikiran.

Tapi apa gunanya pergi bercuti, tapi sekadar indah nama dari rupa?

Jadi, wajarlah kepada calon PRK Port Dickson memfokuskan bukan sahaja kesejahteraan rakyat malah kelestarian alam.

Tak gitu, Datuk Seri?