awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebelum pergi bercuti, ini 8 panduan melancarkan urusan di lapangan terbang

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/11/2015
10:32 MYT
Sebelum pergi bercuti, ini 8 panduan melancarkan urusan di lapangan terbang
Banyak syarikat penerbangan kini menawarkan kemudahan self check-in lebih awal.
Merancang percutian di musim cuti persekolahan memang menyeronokkan, namun sedikit kealpaan boleh menyebabkan apa yang dirancang terbantut.
Justeru, nasihat perjalanan ini mungkin boleh membantu melancarkan perjalanan anda, khususnya di lapangan terbang.
PERIKSA STATUS PENERBANGAN
Perkara paling asas tetapi jika tidak diteliti, boleh mengakibatkan situasi kelam-kabut. Semak jadual penerbangan anda. Mungkin remeh bagi sesetengah pihak, namun menyemak waktu perjalanan adalah yang paling utama. Mungkin ada di antara kita yang pernah tersilap membezakan antara 'am' dan 'pm' pada waktu jam.
BEG DOKUMEN
Adalah lebih baik jika anda mempunyai sebuah beg yang diisi dengan semua dokumen penting yang diperlukan seperti kad pengenalan, pasport, pas berlepas dan sebagainya. Jadi tidaklah nanti anda tercari-cari apabila berada di lapangan terbang. Elakkan mengisi dokumen perjalanan di dalam beg yang mempunyai banyak poket. Pastikan disimpan di satu tempat sahaja.
TIBA AWAL
Rancang perjalanan anda dari rumah ke lapangan terbang. Ambil kira faktor luaran seperti kesesakan lalu lintas, cuaca dan paling penting, lokasi untuk meletak kenderaan jika anda memandu sendiri.
Jika anda menggunakan perkhidmatan AirAsia X, adalah lebih baik jika anda sampai tiga atau empat jam lebih awal kerana jarak pergerakan di KLIA2 agak jauh di antara kaunter daftar masuk dan menuju pesawat.
DAFTAR MASUK SENDIRI
Perkhidmatan daftar masuk sendiri (self check-in) boleh dilakukan melalui pelbagai cara. AirAsia contohnya menawarkan tiga cara; laman web, aplikasi mudah alih dan kauter kiosk.
Ia boleh dilakukan 14 jam sebelum perjalanan, sehinggalah sejam sebelum berlepas.
Jika anda menggunakan perkhidmatan AirAsia X, daftar masuk perlu dilakukan selewat-lewatnya 4 jam sebelum berlepas.
KAUNTER BAGASI
Anda dinasihatkan melakukan daftar bagasi seawal mungkin untuk mengelakkan kesesakan.
Kaunter bagasi akan ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia & AirAsia X.
BAGASI YANG DIBENARKAN
Semak senarai berat bagasi yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan yang anda pilih.
Bagi pengguna AirAsia anda hanya dibenarkan membawa satu bagasi kabin dengan berat yang tidak melebihi 7kg dan mesti dalam dimensi 36cm (Tinggi) x 23cm (Lebar) x 56cm (Luas).
Pra-tempahan bagasi adalah digalakkan dan anda boleh menggunakan fungsi ‘Urus Tempahan Saya’ di airasia.com untuk menambah lebih banyak jumlah bagasi.
PRA-TEMPAH MAKANAN
AirAsia contohnya, menggalakkan pelanggan membuat tempahan makanan di dalam penerbangan lebih awal. Tempahan boleh dibuat 24 jam sebelum penerbangan. Mana tahu sekiranya pesawat penuh dan anda duduk di bahagian belakang pesawat menyebabkan makanan pilihan anda habis sebelum sempat sampai ke tempat duduk anda.
BACK-UP PLAN
Fikirkan satu rancangan lain jika penerbangan anda ditangguhkan (atau mungkin lebih teruk, dibatalkan) di saat-saat akhir. Pastikan anda tahu siapa person in-charge yang boleh anda tuju jika ada masalah timbul. Ada sesetengah daripada kita akan menghubungi pejabat kedutaan destinasi bagi memastikan keselamatan sekiranya berlaku apa-apa bencana.
Sudah siap? Jom kita rancang perjalanan kita dan selamat bercuti di destinasi pilihan anda!
Topic Berkaitan
#bercuti
#musim cuti sekolah
#percutian
#tip perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan