SELAMAT pengantin baru Tunku Puteri Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan pasangan, Dennis Muhammad Abdullah.
Pernikahan pasangan mempelai telah berlangsung pada pagi semalam (14 Ogos) di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor.
Manakala, Istiadat Persandingan DiRaja pula berlangsung di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru pada sebelah malam.
LAPOR LANGSUNG: Perkahwinan Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad Abdullah
FOTO: Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad Abdullah
Pasangan pengantin tiba di perkarangan istana menaiki kereta vintaj Mercedes Limousine Covertible sambil diiringi pengiring bermotosikal Polis DiRaja Malaysia dan anggota Askar Timbalan Setia Negeri.
Tunku Tun Aminah menyarung busana baju kurung Johor rona putih sedondon dengan Dennis yang berbaju Melayu Teluk Belanga lengkap bersongkok dan samping.
KDYMM Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah memulakan Istiadat Merenjis dan Tepung Tawar Pengantin DiRaja Johor, Tunku Tun Aminah dan Dennis Abdullah.
Ia diikuti dengan isterinya, KYDMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah dan KDYMM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar; DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah; dan ibu bapa Dennis Muhammad, Martin dan Henriette Verbaas.
Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teoh Chee Hean dan isteri.
Kira-kira 1,200 tetamu menghadiri Istiadat Persandingan yang disaksikan oleh kerabat diraja, orang kenamaan, dan ditonton oleh rakyat jelata menerusi dua skrin gergasi di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bharu.
Sumber: Johor Royal Press Office & Johor Souther Tigers
Gempak
Tue Aug 15 2017
Tunku Tun Aminah menyarung busana baju kurung Johor rona putih sedondon dengan Dennis yang berbaju Melayu Teluk Belanga lengkap bersongkok dan samping. - Foto ihsan Royal Press Office Johor
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
Sekitar Istiadat Persandingan DiRaja Tunku Tun Aminah dan Dennis Abdullah
Selamat pengantin baru Tunku Puteri Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan pasangan, Dennis Muhammad Abdullah.