awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sentuhan menjadi! koleksi terbaharu tudung Neelofa habis terjual

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
27/02/2018
12:30 MYT
Sentuhan menjadi! koleksi terbaharu tudung Neelofa habis terjual
Tinjauan di laman web Naelofar Hijab mendapati, kesemua 45 warna yang dihasilkan untuk koleksi itu telah disenarai sebagai sold out.
KALAU sudah namanya Neelofa, sentuhannya pasti menjadi.
Apapun pendapat orang ramai, pengaruh pelakon dan pengacara ini tidak boleh dipertikai apabila koleksi hijab turban yang dinamakan Be Lofa Turban yang baru dilancarkan semalam, sudah pun habis terjual.
Tinjauan di laman web Naelofar Hijab mendapati, kesemua 45 warna yang dihasilkan untuk koleksi yang dijual pada harga RM73 dan RM75 itu telah disenarai sebagai sold out.
Satu lagi koleksi yang dilancarkan semalam, iaitu Be Lofa Shawl, bagaimanapun tidak dijual atas talian.
Kesemua 45 warna yang dihasilkan untuk koleksi  yang dijual pada harga RM73 dan RM75 itu telah disenarai sebagai sold out. - naelofarhijab.com
Kesemua 45 warna yang dihasilkan untuk koleksi yang dijual pada harga RM73 dan RM75 itu telah disenarai sebagai sold out. - naelofarhijab.com
Tidak dapat dipastikan jika turban itu masih boleh didapati di kedai stokis di seluruh negara.
Dalam deskripsi di laman web itu, koleksi Be Lofa Turban disifatkan sebagai hijab kontemporari yang merupakan alternatif kepada tudung biasa dan Be Lofa Shawl, yang diperbuat daripada kain sutera terbaik, merupakan gandingan paling sesuai untuk digayakan bersama Be Lofa Turban.
Neelofa semalam melancarkan dua koleksi terbaharu itu dalam satu majlis di ibu negara yang turut diadakan bersempena majlis hari lahirnya yang ke 29.
Topic Berkaitan
#be lofa
#koleksi tudung
#Laman web
#Naelofar Hijab
#Neelofa
#shawl
#tudung
#turban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan